Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Negeri-Negeri seluruh Malaysia telah berjaya menganjurkan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) Peringkat Kebangsaan kali ke-17 pada 29 Mei hingga 1 Jun 2016 bertempat di Bandar Baru Salak Tingi, Selangor. JAKIM merupakan tuan rumah pada penganjuran kali ini.  

KESSUMA kali ini diadakan di enam lokasi iaitu :

1. Kolej Vokasional Sepang

                 Penginapan          :         140 org pegawai JAIN/YIK/LMM

           2.   Sek Men Kebangsaan Seri Sepang

                 Penginapan          :         158 atlet dan 28 pegawai bola jaring

          3.  Sekolah Agama Men. Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor :

     Penginapan          :         554 atlet dan 50 orang pegawai

                 Acara                    :         Sepak takraw dan Ping pong

          4.   Stadium Mini Bandar Bari Salak Tinggi

                 Atlit                       :         1,575 orang

                Acara                      :         Majlis Perasmian Penutupan

 

          5.  Sekolah Agama Menengah Bestari, Subang Jaya, Selangor :

                Penginapan            :         528 atlet dan 50 orang pegawai

                 Acara                    :         bola tampar (P) dan badminto

           6.  Dewan Bunga Tanjung, Seksyen 19, Shah Alam, Sel

    Acara Sukan         :         Bola Tampar (L + P / indoor)

 

          7.  Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

               Acara Sukan            :      Bola Sepak

               Tarikh                    :       2 hingga 4 Ogos 2016

               Johan                    :       Kedah

               Naib Johan             :      Terengganu

 

Objektif penganjuran pertandingan ini diadakan adalah bagi meningkatkan pencapaian dan perkembangan pendidikan di SMAN dan SMAR berdasarkan keperluan  masyarakat dan negara. Ia bertepatan dengan kehendak arus perdana pendidikan negara yang memerlukan pelajar yang cerdas dalam pelajaran dan cergas dalam bersukan.

Kejohanan ini juga mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai program kokurikulum di peringkat kebangsaan yang membolehkan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama negeri dan Rakyat (SMAN dan SMAR)  mendapatkan 10 markah merit untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara. Ia bagi memastikan pelajar sekolah agama tidak tertinggal/terpinggir dari arus pendidikan perdana dengan menyediakan  berbagai kemudahan serta peluang pembelajaran yang lebih sistematik dan berdaya saing. Di atas keperluan tersebut, JAKIM akan menjadikan KESSUMA sebagai program tahunan yang mesti dilaksanakan dengan mengemaskini dan menambahbaik program sedia ada dari semasa ke semasa.

Majlis perasmian telah diadakan penuh gilang gemilang pada 1 Jun 2016 (Rabu) jam 9.00 pagi di Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Y.B. Dato’ Dr Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah merasmikan majlis tersebut. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Y.Bhg Dato’ Haji Othman Mustapha Ketua Pengarah JAKIM, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JAKIM, Pengarah Bahagian Kemajuan Islam JAKIM, Pengarah-Pengarah JAKIM dan Pengarah-Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.

Sebanyak 13 kontinjen dari 13 negeri telah diperkenalkan semasa majlis perasmian dengan mengibarkan bendera setiap negeri dan maskot kejohanan setiap negeri. Seramai 1,080 atlit telah terlibat dan bertanding dalam setiap acara yang dipertandingakan.

Sebanyak 12 acara akan dipertandingkan sepanjang kesukanan berlangsung iaitu sepak takraw, ping pong kategori lelaki dan perempuan, badminton lelaki dan perempuan, bola tampar kategori lelaki dan perempuan, bola jaring,bola sepak dan lain-lain lagi.

Kesemua peserta yang menyertai kejohanan adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah agama negeri dan rakyat (SMAN dan SMAR) yang mewakili semua negeri seluruh Malaysia. YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyumbangkan Piala Pusingan johan keseluruhan kejohanan tersebut iaitu ”Piala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri” yang dimenangi oleh Kontinjen dari Negeri Terengganu dengan 5 emas.

 IMG 20160606 WA0007

IMG 20160606 WA0001

IMG 20160606 WA0003

IMG 20160606 WA0004

IMG 20160606 WA0005

IMG 20160606 WA0006

IMG 20160606 WA0008

IMG 20160606 WA0009

IMG 20160606 WA0010

IMG 20160606 WA0012

IMG 20160606 WA0013

 

IMG 20160804 110644

 

IMG 20160804 112723