Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

Siri jelajah Multaqa Murabbi Ummah ke negeri-negeri seluruh Malaysia bagi tahun 2017 diteruskan lagi dengan penganjuran Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2017, yang telah berlangsung dengan penuh meriah pada tanggal 4 Mei 2017 bersamaan 7 Syaaban 1438H, di Klana Resort, Seremban Negeri Sembilan. 

 

Multaqa yang dianjurkan oleh Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bersama-sama Kerajaan Negeri Sembilan ini dihadiri oleh ahli Jawatankuasa Masjid, guru Takmir dan guru KAFA dari segenap pelosok daerah Negeri Sembilan.  Bemula seawal jam 9.00 pagi, para peserta mendapat perkongsian ilmu daripada YBrs. Tuan Haji Nor Azamir bin Haji Alias, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dengan tajuk Ke Arah Penyatuan Ummah dan Memperkasa Syariah. Selari dengan perkembangan dunia digital dan teknologi maklumat masa kini, sesi seterusnya yang bertajuk Murabbi Ummah: Usaha Ke Arah Melahirkan Khaira Ummah di Era Siber telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, Ketua Penolong Pengarah (Kanan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dengan kupasan yang amat menarik dan berkesan.

 

Mewakili YAB Menteri Besar Negeri Sembilan,majlis perasmian Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2017 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Haji Awaludin bin Said, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan.  Majlis ini juga menjadi lebih bermakna apabila dua orang imam diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Imam dan penyampaian Anugerah Masjid Terbaik bagi empat kategori iaitu pengurusan terbaik, pengimarahan terbaik, kemudahan prasarana terbaik dan persekitaran terbaik.  Pada majlis yang sama, YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim telah menyampaikan dua mock cheque kepada Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus berjumlah RM30,220,320.00 bagi bayaran  imbuhan imam, elaun guru KAFA dan guru Takmir, serta RM275,500.00 bagi bayaran imbuhan bilal dan siak secara one-off tahun 2017.

 

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri dan Jakim.

 

DSC 0196

 

DSC 0209

 

DSC 0152

 

DSC 0089

 

DSC 0079

 

DSC 0086

 

DSC 0193

DSC 0191

 

DSC 0219