Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
 

15 & 16 OGOS 2017M (22 & 23 ZULKAEDAH 1438 H) – Putrajaya, Bengkel Semakan Draf Kedua Garis Panduan Perancangan Dan Pembangunan Masjid, Surau dan Ruang Solat Di Kawasan Pembangunan Berbilang Tingkat dan Komersial telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 6, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

 

Objektif program menjurus kepada pendedahan, perkongsian dan perbincangan untuk menyediakan satu garis panduan yang komprehensif dan holistik sebagai rujukan pada masa akan datang:

 

1. Memberi pendedahan kepada ahli bengkel berkenaan model masjid/surau/ruang solat di kawasan pembangunan berbilang tingkat dan komersial.

 

2. Menyemak dan menambahbaik draf kedua Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Masjid, Surau dan Ruang Solat di Kawasan Pembangunan Berbilang Tingkat dan Komersial.

 

3. Memastikan penyediaan draf garis panduan selaras dengan bidang kuasa yang tertakluk di bawah kaedah-kaedah, peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa di negeri-negeri.

 

Bengkel ini melibatkan pegawai dari pelbagai agensi antaranya Jakim dari Bahagian Kemajuan Islam, Pejabat Penasihat Undang-Undang, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Kelantan, Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.

 

Ahli bengkel telah dibawa melawat salah satu model masjid di kawasan Transit Oriented Development (TOD) iaitu Masjid Jamek Abdullah Hukum di KL Eco City dan taklimat telah disampaikan oleh Encik Rahmat mewakili pihak KL Eco Sdn. Bhd. (SP Setia). Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Datuk Ibrahim Thambi Chik selaku Pengerusi Masjid Jamek Abdullah Hukum dan Tuan Haji Mohd Ajib Ismail, KPPK Bahagian Kemajuan Islam Jakim. Seterusnya bengkel dilaksanakan di Kompleks Islam Putrajaya yang dipengerusikan oleh Pengarah BKI Jakim dan turut disertai KPP Cawangan Dasar BKI Jakim.

 

Secara keseluruhannya, pelaksanaan bengkel semakan ini telah mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan serta beberapa siri bengkel dan perbincangan susulan akan disusun dari semasa ke semasa.

 

gp tod 10

 

gp tod 11

 

gp tod 2

gp tod 1

gp tod 5 copy

gp tod 6

gp tod 8

gp tod 10