Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 23 Julai - Kluster Ilmu Turath, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Kursus Perbandingan Agama secara “New Norm” kepada Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM bermula pada 22 dan 23 Julai 2020 bertempat di ILIM Kampus Utama Bangi.

Antara objektif kursus ini ialah :

i. Menjelaskan konsep Ilmu Perbandingan Agama dan kepentingannya dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

ii. Meningkatkan kefahaman berhubung kajian epistemology dan kosmologi setiap agama di Malaysia.

iii. Meningkatkan kemahiran insaniah dalam hubungan antara agama melalui sesi perbincangan dan dialog.

Kursus ini menampilkan penceramah berpengalaman iaitu YBrs. Dr Yusri bin Mohamad Ramli, Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan tajuk-tajuk yang menarik antaranya Pengenalan Ilmu Perbandingan Agama, Perbandingan Agama Islam dan Agama Ahli Kitab dan Bukan Ahli Kitab.

Kursus ini turut memfokuskan isu-isu semasa di Malaysia seperti Konsep Ketuhanan Mengikut Agama dan Kepercayaan, Dialog Antara Agama ; Keperluandan Cabarannya di Malaysia serta Dakwah dan Cabarannya Dalam Menangani Gerakan Missionary yang disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad Fitri bin Abdullah dari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia.

Seramai 18 orang peserta terdiri dari Pegawai Hal Ehwal Islam telah hadir mengikuti kursus ini.  Semoga kursus ini mampu mempertingkat kefahaman dan pengetahuan ilmu
perbandingan agama serta isu-isu semasa di Malaysia.