WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri seluruh Malaysia telah berjaya menganjurkan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) Peringkat Kebangsaan kali ke-19 pada 15 hingga 19 Julai 2018 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim. Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) merupakan tuan rumah pada penganjuran kali ini.

Objektif penganjuran pertandingan ini adalah bagi meningkatkan pencapaian dan perkembangan pendidikan di Sekolah Menengah Agama Negeri dan Rakyat serta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SMAN, SMAR dan SABK) berdasarkan keperluan masyarakat dan negara. Ia bertepatan dengan kehendak arus perdana pendidikan negara yang memerlukan pelajar yang cerdas dalam pelajaran dan cergas dalam bersukan.

Kejohanan ini turut mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai program kokurikulum di peringkat kebangsaan yang membolehkan pelajar SMAN dan SMAR mendapatkan 10 markah merit untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara. JAKIM telah menjadikan KESSUMA sebagai program tahunan yang mesti dilaksanakan dengan mengemaskini dan menambahbaik program sedia ada dari semasa ke semasa.

Majlis perasmian telah diadakan penuh semangat kesukanan pada 15 Julai 2018 (Ahad) jam 5.00 petang di Stadium UPSI oleh YBhg. Puan Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, mewakili Ketua Pengarah JAKIM. Perasmian Penutupan pula disempurnakan penuh gilang gemilang pada 18 Julai 2018 di Dewan Tuanku Canselor UPSI oleh wakil Menteri Besar iaitu Timbalan Speaker Dewan Negeri Perak, YB Aminuddin Zulkipli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang.

Sebanyak 10 kontingen dari 10 negeri telah diperkenalkan semasa majlis perasmian dengan mengibarkan bendera setiap negeri dan maskot kejohanan setiap negeri. Seramai 1,800 atlit telah terlibat dan bertanding dalam acara yang dipertandingakan.

Sebanyak 11 acara telah dipertandingkan sepanjang kesukanan berlangsung iaitu sepak takraw, ping pong kategori lelaki dan perempuan, badminton lelaki dan perempuan, bola tampar kategori lelaki dan perempuan, bola jaring dan bola sepak.

           Kesemua peserta yang menyertai kejohanan adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri dan Rakyat serta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan yang mewakili negeri masing-masing.

Negeri Terengganu telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan KESSUMA 2018 dan membawa pulang Piala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Kessuma 2018 1

Kessuma 2018 2

Kessuma 2018 3

Kessuma 2018 4

Kessuma 2018 5

Kessuma 2018 6

Kessuma 2018 7

Kessuma 2018 8

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 14 June 2019.
Jumlah Pelawat :12307640