Assalamualaikum.

Bahagian Pengurusan Maklumat merupakan bahagian yang memberikan perkhidmatan sokongan khususnya kemudahan ICT kepada semua bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ke arah mencapai visi Jakim iaitu Peneraju Dalam Membina Ketamadunan Ummah Yang Unggul.

Bersesuaian dengan peranan Jakim yang semakin bertambah seiring dengan peredaran masa dan keperluan umat Islam seluruhnya, Bahagian ini sentiasa memastikan prasarana ICT yang dibangunkan akan menyokong dan membantu Jakim mencapai objektif sebagai agensi rujukan utama berkaitan hal ehwal Islam yang berwibawa bukan sahaja di Negara ini malah di peringkat antarabangsa.

Peranan ICT memang tidak dapat dinafikan merupakan wasilah yang penting bagi memudahkan setiap individu Islam untuk berdakwah dan meningkatkan syiar Islam. Kesyumulan Islam itu menggalakkan kita menghayati ajarannya dengan ikhlas dan mengamalkannya dengan penuh kesungguhan.

Tekonologi ICT khususnya Internet menyediakan ummah suatu platform yang canggih tanpa batasan untuk kita memperjuangkan Islam serta memanfaatkan kurniaan Allah kepada semua makhluknya. Kita sebagai khalifah perlu menguasai dan menggunakannya semaksimum mungkin untuk beribadah kepadaNya.

Sekian, Wassalam

Pengarah
Bahagian Pengurusan Maklumat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)