Kurator Berita : Bahagian Dakwah

PROGRAM AGIHAN QURBAN BERSAMA KORPORAT 2017

Program Agihan Qurban Bersama Korporat 2017 merupakan salah satu daripada tujuh program dakwah yang dirancang dan menjadi komitmen Sekretariat Dakwah Korporat Jakim (SDK Jakim) untuk dilaksanakan pada tahun 2017. Ia merupakan program susulan yang telah dilaksanakan selama tiga tahun berturut-turut bermula tahun 2015.

 

Program ini berjaya dilaksanakan hasil rangkaian komitmen bersama tujuh buah syarikat korporat yang bernaung di bawah Sekretariat Dakwah Korporat Jakim iaitu Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB), Kumpulan DRB-HICOM Berhad (DRBH + Pos Malaysia + Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB), Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Bank Simpanan Nasional Berhad (BSN) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang menyumbang 10 ekor lembu untuk diagihkan kepada saudara muslim dan golongan memerlukan di perkampungan orang asli yang terpilih.

 

Program ini telah berlangsung pada 1 hingga 4 September 2017 melibatkan 10 buah Perkampungan Orang Asli di tujuh buah negeri. Hasil pelaksanaan program telah memberi manfaat kepada 2,765 orang saudara muslim dan golongan asnaf yang tinggal di perkampungan orang asli yang terlibat.

 

Agihan Qurban Korporat2017 1

Agihan Qurban Korporat2017 2

Agihan Qurban Korporat2017 3

Agihan Qurban Korporat2017 4

Agihan Qurban Korporat2017 5

Agihan Qurban Korporat2017 6

Agihan Qurban Korporat2017 7

Agihan Qurban Korporat2017 8

Agihan Qurban Korporat2017 9

Agihan Qurban Korporat2017 10

Terima kasih semua syarikat yang menyumbang, Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri terutama Ketua Penggerak Masyarakat Orang Asli (KPPMOA) dan Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Program Agihan Qurban Bersama Korporat 2017.

#ImanDisemai

#BudiDilerai

#KasihDituai