Kurator Berita : Unit Integriti

Bangi, 23 hingga 25 Julai 2019 – Unit Integriti JAKIM dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah (Corruption Risk Management – CRM) bertempat di Institut Lathan Islam Malaysia.

Bengkel tersebut diadakan bagi tujuan mengenalpasti isu-isu rasuah dan kelemahan tadbir urus yang wujud atau mungkin wujud dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti jabatan seterusnya menghasilkan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM). Pelan ini akan dijadikan sebagai panduan asas dalam membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) yang akan menjadi satu dokumen dasar antirasuah di peringkat organisasi.

Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan daripada setiap Bahagian telah menyertai bengkel yang diadakan selama 3 hari ini. Bengkel ini dikendalikan oleh PKPj Puan Siti Zakiah binti Che Man dengan dibantu oleh 2 orang fasilitator iaitu PKPs Puan Rosmalina binti Abdul Aziz dan PKPs Puan Norhaida binti Ismail dari Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP) Ibu Pejabat SPRM.

Peserta bengkel telah diberikan pendedahan tentang Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Pencegahan Rasuah Melalui Kawalan Dalaman dan Pengurusan Risiko Rasuah 2.0. Peserta kemudiannya dibahagikan kepada kumpulan kecil bagi tujuan analisa daftar risiko sedia ada dan mengenalpasti risiko rasuah yang baharu seterusnya membangunkan pelan tindakan yang bersesuaian.

Pembangunan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah Jabatan ini diharapkan dapat membantu meningkatkan tadbir urus jabatan dan integriti warga JAKIM melalui tindakan pencegahan dan kawalan dalaman.

peserta2

WhatsApp Image 2019 08 02 at 10.15.23 AM

Para Peserta Sedang Mendengar Ceramah Akta Surahanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 Disampaikan Oleh PKPj Siti Zakiah bt Che Man

KUMP1

Sesi Perbincangan Kumpulan 1 (RAHMATAN)

WhatsApp Image 2019 08 02 at 10.14.30 AM

Sesi Perbicangan Kumpulan 2 (SIFAR RASUAH)

WhatsApp Image 2019 08 02 at 10.13.51 AM

Sesi Perbincangan Kumpulan 3 (SEPAKAT)