Kurator Berita : Bahagian Dakwah
MESYUARAT SEKRETARIAT DAKWAH KORPORAT JAKIM BIL. 8/ 2016
 
Mesyuarat SDK Jakim Bil8 2016 1
 
"Makmur Dakwah Bersama Korporat" merupakan tema yang dipilih sebagai pendokong usaha kita di bawah penubuhan Sekretariat Dakwah Korporat Jakim (SDK Jakim). Tema ini dipilih berasaskan kesatuan yang telah wujud bersama dengan penubuhan SDK Jakim sejak tahun 2013. Sepanjang tempoh tersebut pelbagai pendekatan baru dan rintis dalam mengendalikan gerak kerja dakwah bersama sahabat-sahabat di sektor korporat yang menjadi anggota SDK Jakim...Matlamat kita tidak lain tidak bukan adalah untuk menyeru dengan hikmah agar gerak kerja dapat dilaksanakan secara 'amal jamaie', lebih berkesan, sistematik dan komprehensif yang akhirnya akan membudayakan dakwah dalam segenap lapisan masyarakat di Malaysia."
 
Sumber : Petikan Perutusan Ketua Pengarah Jakim (buku program) sempena Karnival Ibnu 'Auf
Peringkat Kebangsaan Kali Pertama Tahun 1437H/ 2015M pada 19 - 21 November 2015 di
Dewan Canselori, Universiti Teknologi PETRONAS, Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan
 
Selangor, 18 Januari 2016 [Isnin] - Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) Jakim telah menjayakan Mesyuarat SDK Jakim Bil.8/ 2016 yang merupakan siri pertama bagi tahun 2016 bertempat di Malaysia Airlines Academy, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Mesyuarat ini merupakan agenda tahunan SDK Jakim yang bersidang 3 kali setahun bermula sejak tahun 2013. Ia juga merupakan tindakan susulan hasil daripada Mesyuarat SDK Jakim Bil. 7/ 2015 pada 9 Julai 2015 selain dijadikan forum post-moterm dan bagi pelaksanaan program dan aktiviti SDK Jakim sepanjang tahun 2015.
 
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haji Ali bin Mohammed, Pengarah Bahagian Dakwah Jakim mewakili Dato' Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim dan dihadiri oleh 44 orang tetap mewakili 22 buah agensi/ syarikat-syarikat anggota SDK Jakim. Fokus utama perbincangan adalah berkisar pelaporan program/ aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2015 dan penetapan program utama anjuran SDK Jakim bagi Tahun 2016. Agenda mesyuarat menyentuh 5 perkara utama iaitu Aluan Pengerusi, Pengesahan Minit Mesyuarat SDK Jakim Bil. 7/ 2015 dan Pelaporan Maklum balas Minit Mesyuarat SDK Jakim Bil. 7/ 2015, Pembentangan Kertas Makluman dan Kertas Cadangan Program serta Hal-hal lain.
 
Bagi merealisasikan matlamat dan objektif mesyuarat, 2 Kertas Makluman telah dibentangkan dalam mesyuarat ini iaitu :
  1. Kertas Makluman Ulasan Pejabat Penasihat Undang-Undang Jakim berkaitan Cadangan Penubuhan Yayasan Dakwah Korporat Malaysia oleh YBhg. Puan Zuriyati binti Mohd. Noor, Peguam Kanan Persekutuan ; dan
  2. Kertas Makluman Hasil kajian - Aplikasi Maqasid al-Shariah dalam pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat Syarikat berkaitan Kerajaan di Malaysia - Kajian Penyelidikan oleh YBhg. Puan Noor Rosnita binti Gani, Penolong Pengarah (Kanan), Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, Jakim.
 
Berikutnya, dibentangkan pula 8 Kertas Cadangan berkaitan untuk menjadi asas perbincangan mesyuarat seperti berikut :
 
  1. Cadangan Pelan Perancangan Program/ Aktiviti SDK Jakim bagi tahun 2016 dan unjuran keseluruhan perbelanjaan program/ aktiviti SDK Jakim bagi tahun 2016 ;
  2. Cadangan mengadakan Bengkel Penyediaan Modul Dakwah Korporat Jakim ;
  3. Cadangan Lawatan Kerja Rasmi SDK Jakim ke Singapura ;
  4. Cadangan Pelaksanaan Program Qurban Bersama Korporat ;
  5. Cadangan menganjurkan Karnival Ibnu 'Auf peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 ;
  6. Cadangan Penyewaan Papan Iklan Elektronik (LED Billboard) - Pengiklanan Tema Dakwah ; dan
  7. Cadangan Penglibatan Korporat di Media Jakim, IKIM dan TV al-Hijrah ; dan
  8. Cadangan Penambahan Syarikat Anggota SDK Jakim.
 
Secara keseluruhannya, mesyuarat bersetuju mengenai cadangan yang dikemukakan dan telah memilih syarikat/ agensi hos bagi pelaksanaan setiap cadangan tersebut. YBhg. Pengerusi akhirnya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua wakil tetap atas komitmen dan kerjasama terbaik yang telah diberikan. Begitu juga cetusan idea, pandangan dan sarana yang baik bagi menjamin kelangsungan pelaksanaan projek/ program dan aktiviti yang lebih besar impak dan manfaatnya kepada negara dan ummah pada masa akan datang. Setelah selesai mesyuarat, pihak Malaysia Airlines Berhad membawa semua ahli mesyuarat melawat di sekitar lokasi latihan krew kabin dan MAS Heritage.
 
Mesyuarat SDK Jakim Bil8 2016 2
 
Mesyuarat SDK Jakim Bil8 2016 3
 
Mesyuarat SDK Jakim Bil8 2016 4
 
Mesyuarat SDK Jakim Bil8 2016 5
 
Mesyuarat SDK Jakim Bil8 2016 6
 
Mesyuarat SDK Jakim Bil8 2016 7
 
Mesyuarat SDK Jakim Bil8 2016 8
 
Mesyuarat SDK Jakim Bil8 2016 9
 
Mesyuarat SDK Jakim Bil8 2016 10
 
Mesyuarat SDK Jakim Bil8 2016 11
 
Mesyuarat SDK Jakim Bil8 2016 12
 
Mesyuarat SDK Jakim Bil8 2016 13
 
Mesyuarat SDK Jakim Bil8 2016 14
 
Mesyuarat SDK Jakim Bil8 2016 15