Kurator Berita : Bahagian Pendidikan

Pada 28 Julai 2020- telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Pembukaan Kelas KAFA Negeri Kelantan bertempatkan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Jabatan Pendidikan Negeri kelantan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tn Hj Hashim bin Salleh (Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM). Turut dihadiri oleh Encik Abu Hanipah@Fauzi bin Zahar (Pengarah JPN Kelantan), Tn Anuar bin Abd Rani (KPP Bahagian Pendidikan JAKIM), Tn Hj Mohammad bin Abd Wahab (Timb Pengarah Pendidikan JPN), En Mohd Zin bin Halim (Ketua Pen Pengarah Kanan JPN) dan juga barisan KPPD daerah serta Penyelia KAFA.

Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi mendapat kesepakatan berkenaan tarikh pembukaan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dan perbincanagn mengenai jadual waktu KAFA yang bersesuaian. Oleh itu, mesyuarat telah bersetuju untuk menyelaraskan pembukaan kelas KAFA iaitu penggunaan model 2 bagi tahap 2 sahaja (tahun 4&5) dalam tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan PKPP.

Mesyuarat Penyelarasan Pembukaan Kelas KAFA Negeri Kelantan 1

Mesyuarat Penyelarasan Pembukaan Kelas KAFA Negeri Kelantan 2

Mesyuarat Penyelarasan Pembukaan Kelas KAFA Negeri Kelantan 3

Mesyuarat Penyelarasan Pembukaan Kelas KAFA Negeri Kelantan 4

Bahagian Pendidikan
JAKIM