Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Mesyuarat Panel Pakar Syariah (PPS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Kali Ke-98 telah diadakan pada 16-17 April 2018 bertempat di Kompleks Islam Putrajaya dengan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Haji Hassan bin Ahmad, Mantan Mufti Negeri Pulau Pinang. Turut menghadiri mesyuarat, SS Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan, SS Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman, Mufti Negeri Pahang dan YB. Dato’ (DR) Haji Nooh bin Gadot, Penasihat Agama Majlis Agama Islam Negeri Johor.
 
Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari ini dari pukul 9.30 pagi hingga 10.30 malam ini telah membincangkan dua draf garis panduan dan mendengar lima taklimat daripada agensi yang berkaitan. Kesemua ahli panel memberikan komitmen penuh dalam menghasilkan sighah yang mantap dan mempunyai kredibiti untuk dilaksanakan kelak.
 
Mesyuarat pada kali ini juga mendapat kerjasama yang amat baik daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Kementerian Kesihatan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Institut Pengurusan & Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), USIM dalam membantu masyarakat mendapatkan penjelasan berkaitan isu syariah.
 
Mesyuarat Panel Pakar Syariah Jakim Kali Ke 98 1
 
Mesyuarat Panel Pakar Syariah Jakim Kali Ke 98 2
 
Mesyuarat Panel Pakar Syariah Jakim Kali Ke 98 3
 
Mesyuarat Panel Pakar Syariah Jakim Kali Ke 98 4