Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
KURSUS KEJURULATIHAN GURU PENDIDIKAN KHAS KELAS AL-QURAN DAN FARDHU ‘AIN (KAFA) TAHUN 2019
 
Buat julung kalinya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) menganjurkan Kursus Kejurulatihan Guru Pendidikan Khas KAFA yang bermula pada 1 Julai 2019 dan berakhir pada Oktober 2019 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor.
 
Pada tahun ini JAKIM telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program latihan untuk melahirkan Jurulatih Utama (JU) yang terdiri daripada Guru-guru KAFA untuk mengajar Murid Bekerperluan Khas (MBK) KAFA merangkumi masalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran dan ia dijadikan sebagai salah satu Key Performance Indicator (KPI) JAKIM bagi tahun 2019.
 
Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada Guru KAFA berkenaan tanggungjawab dan peluang Pendidikan KAFA kepada MBK, memperluas skop Pendidikan KAFA kepada MBK merangkumi masalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran seterusnya melatih dan meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran MBK KAFA kepada peserta mengikut modul yang standard dan seragam.
 
Kursus ini dilaksanakan sebanyak 6 siri /200 jam /25 hari melibatkan seramai 9 orang penceramah yang diketuai oleh YBrs. Dr. Abdullah bin Yusoff, Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu, Kelantan serta pensyarah-pensyarah daripada IPG Kampus Pendidikan Islam dan IPG Kampus Ilmu Khas yang merupakan ahli-ahli pakar dalam bidang Pendidikan Khas dan Pendidikan Islam. Manakala seramai 45 orang guru KAFA dari 7 buah negeri iaitu Sabah, Johor, Wilayah Persekutuan, Selangor, Pahang, Melaka dan Perlis yang menjadi peserta tetap bagi program ini.
 
Majlis Perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Hajah Zaiton binti Abd Rahman, Pengarah Bahagian Pendidikan, JAKIM. Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Encik Abu Bakar bin Mohamad Rashid, Timbalan Rektor, IPGM, YBrs. Dr. Abdullah bin Yusoff, Timbalan Pengarah, IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan, YBrs. Tuan Haji Nik Azhar bin Nik Ab. Rahman, Ketua Jabatan IPG Kampus Kota Bharu, Dr. Nik Hassan bin Seman, Pensyarah IPG Kota Bharu dan YBrs. Tuan Haji Azizan bin Muhammad, Ketua Penolong Pengarah (Kanan), Bahagian Pendidikan, JAKIM.
 
Kursus Kejurulatihan Guru KAFA 2019 1
 
Kursus Kejurulatihan Guru KAFA 2019 2
 
Kursus Kejurulatihan Guru KAFA 2019 3
 
Kursus Kejurulatihan Guru KAFA 2019 4
 
Kursus Kejurulatihan Guru KAFA 2019 5