Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

BANGI, 11 April 2019 – Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam (KKKI), telah menganjurkan Kursus Pengurusan Pemikiran & Perancangan Strategikpada 9 hingga 11 April 2019 di Bilik Abdul Kadir Jailani, ILIM Kampus Utama.

Kursus tersebut bertujuan memberi pendedahan berkaitan kemahiran berfikir, merancang dan menganalisis pengurusan dengan strategic dan sistematik, meningkatkan kebolehan dalam menghasilkan idea yang bernas bagi memajukan organisasi agar lebih kompetitif dan berdaya saing untuk mencapai matlamatnya.

Seramai 20 orang pegawai hal ehwal Islam telah menyertai kursus tersebut dan mendapat bimbingan daripada YBhg. Dr. Saiful Amin bin Jalun dari Putra Business School, Universiti Putra Malaysia.

Dalam program ini, peserta telah dibimbing dalam membina teknik merancang dan menganalisis, melaksanakan perancangan strategik, penilaian matrix IFE/EFE, merancang dan membangun pelan strategik dan pelan hala tuju serta penetapan KPI, penilaian dan pemantauan pencapaian strategik.

Layari Sistem Maklumat Latihan Bersepadu ILIM di itis.islam.gov.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai latihan yang ditawarkan di kampus-kampus ILIM seluruh Malaysia.

 Kursus Pengurusan Pemikiran Perancangan Strategik