Kurator Berita : Bahagian Dakwah
KEDAH, 24 Mac – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Dakwah dengan kerjasama Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah dan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah telah mengadakan Majlis Pelancaran Program RAHMAH Peringkat Kebangsaan 2019 dan Kedah Bertadabbur di Dataran Medan Bandar, Alor Setar. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Mukhriz bin Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah, YB Datuk Seri Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YB Dato’ Dr. Ismail bin Salleh, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Kehadiran turut dimeriahkan dengan kehadiran para tetamu dari Ketua-ketua Pengarah agensi Persekutuan dan negeri serta Pengarah-pengarah Jabatan Agama Islam Negeri.

Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Mukhriz bin Tun Mahathir bersama YB Datuk Seri Mujahid bin Yusof, YB Dato’ Dr. Ismail bin Salleh, YBhg. Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim dan YBhg. Dato’ Haji Abdul Rahman bin Ismail. Selepas perasmian, penyerahan mock cheque Bantuan Pondok dan Tahfiz telah disampaikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana kepada Pengarah-pengarah Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia.

Antara pengisian majlis tersebut ialah persembahan bacaan al-Quran dan tadabbur ayat oleh Johan Qari Tilawah al-Quran Negeri Kedah 2019 iaitu Saudara Fakhrurrazi. Selepas itu, majlis turut dihidangkan halwa telinga oleh kumpulan Buskers Islami dan kumpulan nasyid UNIC.
 
Pelancaran Program Rahmah Kebangsaan 2019 1
 
Pelancaran Program Rahmah Kebangsaan 2019 2
 
Pelancaran Program Rahmah Kebangsaan 2019 3
 
Pelancaran Program Rahmah Kebangsaan 2019 4