Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
WhatsApp Image 2018 11 07 at 12.49.49 PM
 
Jakim melalui Unit Maqasid Syariah telah mengadakan Town Hall Maqasid dengan tema "Maqasid Syariah Based Governance" bersama YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berlangsung pada 7 November 2018 di Hotel Everly, Putrajaya. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan dan mendengar pandangan daripada stakeholder tentang 3 hala tuju gagasan YB Menteri iaitu Rahmatan lil Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia.
 
Town Hall Maqasid yang julung-julung kali diadakan ini telah dihadiri seramai 200 orang peserta terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan dan kementerian, Agensi-Agensi Agama dibawah YB Menteri, Universiti Awam dan pihak media. Sesi Town Hall Maqasid ini telah merumuskan 3 pelan tindakan yang akan dilaksanakan bersama rakan strategik di Kementerian-kementerian ialah program pembudayaan di peringkat kementerian, peranan sekretariat Maqasid Syariah dihidupkan semula dengan mekanisme baharu serta pengukuran baharu Indeks Maqasid Syariah yang ditambahbaik.
 
Pada majlis ini juga dilancarkan dua buah buku iaitu Gagasan Rahmatan lil Alamin karangan YB Menteri dan buku Profil Maqasid Syariah Dalam Tadbir Urus Negara terbitan Jakim. Turut disampaikan buku-buku ini kepada wakil-wakil Kementerian, Jabatan yang hadir. Pada penghujung Town Hall Maqasid ini disampaikan "Mock Cheque" Tabung Bencana Alam Agensi Agama oleh Ketua Pengarah Jakim untuk disampaikan kepada masyarakat di Palu, Indonesia yang ditimba bencana alam dalam satu misi bantuan pada 22 november 2018 yang akan disertai oleh YB Menteri.
 
WhatsApp Image 2018 11 07 at 12.49.47 PM
 
WhatsApp Image 2018 11 07 at 12.49.45 PM
 
WhatsApp Image 2018 11 07 at 12.49.47 PM 1
 
WhatsApp Image 2018 11 07 at 12.49.50 PM
 
WhatsApp Image 2018 11 07 at 12.49.48 PM 1