Kurator Berita : Bahagian Dakwah
19 April 2019 (Jumaat) - Bahagian Dakwah Jakim yang diketuai oleh Pengarah Kanan YBhg. Ustaz Aziz bin Mohamed telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan disertai oleh 10 orang pegawai Jakim yang mewakili Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Masjid Putra, Bahagian Pengurusan Maklumat dan Bahagian Dakwah. Kehadiran YBhg. Pengarah disambut baik oleh SS. Dato' Seri Zulkifli bin Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan.

Objektif Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk penyelarasan Portal Kemusykilan Agama. Disamping menjadi platform bagi menambah baik kaedah menjawab soalan dan pertanyaan dalam Portal Kemusykilan Agama. Mewujudkan kolaborasi yang mantap dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah.

Moga dengan kunjungan hormat ini dapat mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua agensi.
 
Kunjung Hormat Dakwah ke Mufti WP 1
 
Kunjung Hormat Dakwah ke Mufti WP 2
 
Kunjung Hormat Dakwah ke Mufti WP 3
 
Kunjung Hormat Dakwah ke Mufti WP 4