Kurator Berita : Bahagian Dakwah

KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA, PUTRAJAYA (2 OGOS 2019) – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Dakwah telah menganjurkan Mesyuarat Penyelarasan Program Rahmah Peringkat Negeri Tahun 2019 bertempat di Dewan Syura A, Aras 8, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Aziz bin Mohamad, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah serta ahli mesyuarat yang terdiri dalam kalangan wakil-wakil dari Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri seluruh Malaysia.

Antara objektif mesyuarat ini adalah untuk menyelaras pelaksanaan dan menjalinkan kerjasama dengan pihak negeri dalam menganjurkan program-program RAHMAH.

YBrs. Tuan Haji Aziz bin Mohamad turut menyampaikan Buku Direktori Duta Rahmah dan Kit Program RAMAH kepada wakil-wakil Jabatan Agama Islam Negeri-negeri bagi melebarkan risalah Rahmatan Lil Alamin di peringkat negeri melalui duta-duta Rahmah yang dilantik.

 

WhatsApp Image 2019 08 02 at 13.15.40

  

WhatsApp Image 2019 08 02 at 13.15.40 1

 

WhatsApp Image 2019 08 02 at 15.52.21

 

WhatsApp Image 2019 08 02 at 15.52.21 1

 

WhatsApp Image 2019 08 02 at 15.52.21 2

 

WhatsApp Image 2019 08 02 at 15.52.21 3