Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Kompleks Islam Putrajaya (KIP), September 2018 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan dua ( 2 ) siri Bengkel Kajian Semula Pelan Tindakan Keluarga Sakinah Negara 2017 – 2021.

Bengkel Kajian Semula PTKSN telah diadakan pada 5 September 2018 bagi siri pertama di Masjid Putra, Putrajaya dan pada 25 – 27 September 2018 bagi siri kedua di Kompleks Islam Putrajaya (KIP), Putrajaya.

Sejak 2017 – 2018, dua Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana dan Pemantauan bagi pelan ini telah diadakan. Semakan dan kajian semula terhadap kandungan dokumen ini dirancang pada tahun ini bagi memastikan segala perancangan yang dibuat sentiasa relevan dan kemaskini. Setelah mengambil kira dan meneliti maklumbalas dan laporan agensi pelaksana PTKSN, pelan ini dikaji semula atas beberapa faktor berikut :
  • Pelan yang dirancang tidak dapat dan sukar dilaksanakan atas faktor-faktor tertentu, dan perlu digugurkan,
  • Penggubalan strategi dan pelan tindakan yang baru yang lebih holistik dan komprehensif perlu ditambah,
  • Menambahbaik dan mengemaskini program-program dan strategi baru yang tidak terdapat dalam pelan selari dengan dasar dan kehendak yang telah diperkenalkan oleh kerajaan
  • Meneliti semula strategi dan program agar selari dengan kehendak stakeholder,
  • Merangka dan merancang tadbir urus dan perbatuan pelan agar lebih sistematik dan terurus.

Bengkel ini dihadiri oleh wakil-wakil Bahagian di Jakim, masjid-masjid utama, ILIM, wakil Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Ketua Pendaftar Jabatan Agama Islam Negeri di beberapa buah negeri yang dijemput bagi memberi input untuk tujuan penambakbaikan dan menyemak semula strategi dan program pelan agar selari dengan teras dan core business yang dilaksanakan di bahagian atau agensi masing-masing. Perkara ini akan memudahkan sesi pelaporan dan kajian keberkesanan pelan yang akan diadakan pada tahun berakhir pelan.

Kajian semula pelan turut melibatkan empat (4) orang pegawai dari Bahagian Perundingan Pengurusan 1, Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) iaitu Puan Azra Haida Binti Baharom selaku Timbalan Pengarah, Puan Nurhaniza Binti Hamzah Ketua Penolong Pengarah, Puan Shairunniza Binti Sarkawi ,Ketua Penolong Pengarah dan Encik Mohamad Norazam Bin Abdullah yang juga merupakan Ketua Penolong Pengarah.

Hasil dari bengkel tersebut, lima (5) teras PTKSN masih dikekalkan. Beberapa strategi dari teras PTKSN telah digugurkan dan ditambah dengan strategi baru yang lebih relevan. Di samping itu, satu cadangan struktur tadbir urus PTKSN telah dirangka agar pelaksanaan pelan tersebut akan menjadi lebih teratur dan sistematik.
 
Bengkel Semakan PTKSN 2017 2021 1
 
Bengkel Semakan PTKSN 2017 2021 2
 
Bengkel Semakan PTKSN 2017 2021 3
 
Bengkel Semakan PTKSN 2017 2021 4
 
Bengkel Semakan PTKSN 2017 2021 5