Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah menganjurkan Kursus Lanjutan Profesionalisme Penyelia KAFA Peringkat Zon Utara Tahun 2019 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Seberang Perai, Pulau Pinang.
 
Penganjuran program ini telah melibatkan seramai 76 orang penyelia KAFA dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Program ini merupakan lanjutan daripada siri kursus yang telah dilaksanakan pada tahun 2018.
 
Dalam pada itu juga, objektif program pada kali ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kualiti pengurusan pemantauan kelas KAFA di kalangan penyelia KAFA selari dengan aspirasi negara dalam memperkasakan modal insan bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan untuk menjadikan guna tenaga yang produktif.
 
Program ini merupakan latihan yang wajib diikuti oleh penyelia KAFA lantikan JAKIM seluruh Malaysia. Seramai 4 orang penceramah/fasilitator dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, Bangi dijemput khas bagi berkongsi ilmu dan kepakaran dalam pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kepada semua peserta.
 
Pengisian program pada kali ini memfokuskan kepada skop peranan dan tanggungjawab penyelia merangkumi aspek disiplin, integriti dan penambahbaikan pengurusan pemantauan PdP. Bagi tujuan melihat keberkesanan latihan penyelia yang telah diadakan pada tahun lepas, peserta diberi peluang mengaplikasi kemahiran dan ilmu melalui slot praktikal pemantauan PdP di Sekolah Rendah Islam Saidina Abu Bakar As-Siddiq Taman Guar Perahu Seberang Perai Tengah, Madrasah Tarbiyah Islamiah Kampung Pelet, Seberang Perai Tengah dan Madrasah Nahdatul Hasanah Tuna, Seberang Perai Tengah.
 
Kursus lanjutan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Utara 2019 1
 
Kursus lanjutan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Utara 2019 2
 
Kursus lanjutan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Utara 2019 3
 
Kursus lanjutan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Utara 2019 4
 
Kursus lanjutan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Utara 2019 5
 
Kursus lanjutan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Utara 2019 6
 
Kursus lanjutan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Utara 2019 7
 
Kursus lanjutan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Utara 2019 8
 
Kursus lanjutan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Utara 2019 9
 
Kursus lanjutan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Utara 2019 10
 
Kursus lanjutan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Utara 2019 11
 
Kursus lanjutan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Utara 2019 12
 
Kursus lanjutan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Utara 2019 13