Kurator Berita : Bahagian Dakwah

"Habih tengelang dok tau maner hok buleh paka nga hok tok buleh paka…"

Itu antara rintihan anak tempatan di Besut yang dikunjungi oleh team musibah dari Jakim baru-baru ini ke Negeri Terengganu Darul Iman pada tanggal 8 Januari 2017 di tiga buah tempat iaitu SK Darau Hulu Besut, Masjid Kg Telaga Nibong dan Sanggar Dato’ A. Rahim. Riak senyuman terukir bila mana kumpulan kami tiba bertanyakan khabar dan bersuai kenal bersama mereka.

Program ini mendapat kerjasama padu daripada Kastam Diraja Malaysia (JKSM), Pejabat Penyelaras DUN Hulu Besut dan Pejabat Daerah Hulu Besut Terengganu. Kehadiran jumlah mangsa di ketiga-tiga tempat tersebut ialah seramai 321 mangsa yang kebanyakannya terdiri daripada orang kampung.

Jakim dalam kunjungan tersebut telah menyampaikan bantuan kit ibadah yang berupa kain telekung, sejadah dan kain pelekat berserta sekampit beras sumbangan daripada JKDM. Tidak lain hanyalah ingin melihat mereka mengerjakan kewajipan ibadah dengan lebih sempurna dan selesa.

Program Kembara Dakwah Ziarah Mahabbah ini dihadiri oleh YB Haji Nawi bin Mohamad, Exco Kerajaan Negeri Terengganu (ADUN Hulu Besut), Pengarah Bahagian Dakwah, Dato’ Haji Ali Mohammed mewakili Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Tuan Haji Ruslan Said, Penyelaras DUN Bahagian Hulu Besut, dan Penggawa Daerah wakil dari Pejabat Daerah Hulu Besut Terengganu. 

Majlis tersebut dimulai dengan pendaftaran mangsa yang terlibat di ketiga-tiga tempat. Ucapan perasmian disempurnakan oleh YB Haji Nawi.

misi banjir terengganu2017 2

misi banjir terengganu2017 3

misi banjir terengganu2017 4

misi banjir terengganu2017 5

misi banjir terengganu2017 6

misi banjir terengganu2017 1