VISI
Berperanan sebagai penggerak ke arah mewujudkan penyelarasan dan penyeragaman tindakan penguatkuasaan undang-undang syariah di Malaysia.
MISI
Melaksanakan usaha-usaha penyelarasan dan penyeragaman tindakan penguatkuasaan undang-undang syariah di Malaysia.
OBJEKTIF
- Memastikan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan dengan mantap, berkesan dan bersepadu bagi menjamin keadilan pelaksanaan undang-undang syariah di Malaysia.
-
Mewujudkan mekanisme penyelarasan penguatkuasaan dan pendakwaan.
-
Menjalankan kajian dan penyelidikan bagi merangka pelan tindakan dan strategi untuk mewujudkan penyelarasan tindakan penguatkuasaan undang-undang syariah di Malaysia.
-
Memastikan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie di seluruh Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kecekapan dalam melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan dan pendakwaan.
FUNGSI
- Penyelarasan Penguatkuasaan; dan
- Penyelarasan Pendakwaan.
PIAGAM PELANGGAN
Kami Berjanji Akan :
- Menggubal arahan, garis panduan dan peraturan yang seragam berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan syariah dalam tempoh 1 tahun selepas keputusan dasar dikeluarkan.
- Menyelaras dasar penguatkuasaan dan pendakwaan syariah di Malaysia.
- Menyelaras advokasi dan pencegahan kesalahan jenayah syariah.
- Menjalankan kajian berkaitan isu-isu perkhidmatan, organisasi serta pelaksanaan penguatkuasaan dan pendakwaan syariah di Malaysia.
- Mengurus data, maklumat dan statistik berkaitan kes pendakwaan dan kesalahan jenayah syariah serta matrimoni seluruh Malaysia.