Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
PUTRAJAYA – 3 Mac 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah bersama TV ALHIJRAH telah mengadakan Sesi Libat Urus Maqasid Syariah bersama pihak pengurusan TV ALHIJRAH.

Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, Ustazah Nor Safina bt. Zainal telah mengendalikan Sesi Libat Urus ini secara atas talian melalui aplikasi zoom selama 2 jam bermula 2.30 petang hingga 4.30 petang. Program tersebut telah disertai oleh 19 orang pegawai-pegawai kanan TV ALHIJRAH.

Antara objektif utama Libat Urus ini adalah untuk memberi penjelasan dan berkongsi maklumat terkini dengan semua peserta tentang tadbir urus berteraskan Maqasid Syariah dan pelaksanaan I~MaqSD.

Diharapkan Sesi Libat Urus ini dapat memberikan impak positif kepada semua peserta dalam melaksanakan fungsi-fungsi agensi dan meningkatkan mutu perkhidmatan organisasi berasaskan kerangka strategik Maqasid Syariah.

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama TV Alhijrah 1

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama TV Alhijrah 2

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama TV Alhijrah 3

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama TV Alhijrah 4

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama TV Alhijrah 5