Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:48 Syuruk : 7:08 Zohor : 1:10 Asar : 4:32 Maghrib : 7:06 Isyak : 8:20

EDIT
 

10 MAC 2018 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Unit Indeks Syariah Malaysia dengan kerjasama Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN) berjaya mengadakan program Temu Mata Maqasid Syariah bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Dewan Serbaguna, Guar Chempedak, Kedah.

Program Temu Mata Maqasid Syariah adalah salah satu program penerangan dan penjelasan Indeks Syariah Malaysia kepada warga penduduk Guar Chempedak. Seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, Guru KAFA dan AJK Masjid sekitar Parlimen Jerai hadir ke majlis ini.

Turut hadir dalam majlis ini YDH DSP Shahnaz Akhtar Bin Haji, Ketua Polis Daerah Yan, Dato Haji Mohamad Nordin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim dan Unit ISM, Ustaz Hj Abdul Mutalib Bin Hj Bashah, Penyelaras Takmir Daerah Yan serta Puan Nor Safina Binti Zainal, Ketua Unit Indeks Syariah Malaysia Jakim.

YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memberi penerangan mengenai dasar baru kerajaan iaitu Indeks Syariah Malaysia dan berdialog dengan para peserta di atas tajuk Maqasid Syariah dalam urus Tadbir Negara. Selain itu, fokus perbincangan berpusat kepada Indeks Syariah Malaysia dan peranan warga penduduk untuk menjadi agen penyampai maklumat kepada masyarakat berkaitan Indeks Syariah.

Turut menyentuh tentang isu-isu semasa berkaitan Islam di Malaysia agar para peserta mendapat makumat secara "first hand" daripada membaca di media-media sosial yang belum tentu kesahihannya. Alhamdulillah program ini mendapat reaksi yang positif untuk memasyarakatkan agensi Agama bersama kumpulan sasar.

Program Temu Mata Maqasid Syariah bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan dilebarkan dengan pelbagai kelompok masyarakat seperti wanita, ahli korporat, budayawan, usahawan dan belia-belia sebagai program meet and greet bersama masyarakat.

TEMU MATA MAQASID 7

TEMU MATA MAQASID 5

TEMU MATA MAQASID 10

TEMU MATA MAQASID 9

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 11 December 2018.
Jumlah Pelawat :12248010