JAKIM melalui Unit Indeks Syariah Malaysia telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sembilan menganjurkan Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung pada 11 Oktober 2016 di Klana Hotel, Seremban. Wacana yang dihadiri oleh 500 orang peserta ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Awaluddin Said, Yang di Pertua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan. Turut hadir ke wacana ini ialah Sohibus Samahah Dato' Haji Yusuf Haji Ahmad (Mufti Kerajaan Negeri Sembilan), Yang Amat Arif Dato' Shukor Shabudin (Ketua Hakim Syarie), Dato' Haji Selamat Paigo (Pengarah JHEINS), Tuan Haji Kamal Amran Kamaruddin (Setiausaha MAINS) dan Tuan Haji Paimuzi Yahya (Timbalan Ketua Pengarah, Pembangunan Insan, Jakim) serta YB ADUN-ADUN.
Wacana ini merupakan antara siri jelajah penerangan Indeks Syariah Malaysia ke negeri-negeri dan Negeri Sembilan adalah negeri ke 11 penganjurannya. Wacana ini bertujuan untuk memberi penjelasan dan penerangan berkaitan Indeks Syariah Malaysia kepada kumpulan pembuat dasar, pelaksana dasar dan masyarakat. Sebanyak 2 kertas kerja telah dibentangkan ialah Membudayakan Maqasid Syariah dalam Urus Tadbir Negara dan Indeks Syariah Malaysia : Satu Pengenalan.
a