GRIK, PERAK (14 – 16 SEPTEMBER 2020) - Program Gaguh Maij (Ziarah Harmoni) di Kampung Tebang Baru RPS Banun Grik, Perak Darul Ridzuan berjaya dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.
3 Buah Kampung Masyarakat Orang Asli di RPS Banun iaitu KOA Tebang Baru, KOA Chiong, KOA Cahruk Bus menjadi destinasi ziarah harmoni YBTM dan rombongan, Kawasannya yang terletak di pertengahan Tasik Banding mengambil masa 3 Jam perjalanan dari Jeti Tasik Banding Grik dengan menaiki houseboat.
Program ini dirasmikan oleh YB Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir Exco Agama Islam Negeri Perak iaitu YB Tuan Mohd Akmal bin Haji Kamarudin, OBJ Meor Roslam Dato' Seri Hj Meor Ahmad Rashidi, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM, Tuan Haji Aziz bin Mohammad, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Perak, Ustaz Zakaria bin Abd Razak.
Program dan aktiviti utama bersama masyarakat dilaksanakan di KOA Tebang Baru, Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya Gotong Rayong Mengecat Surau di KOA Tebang, Kuiz Agama, Pertandingan Menyumpit dan Tahsin Surah Al Fatihah.
Selain itu, turut diadakan Majlis Syahadah dan meraikan pengislaman seramai tujuh orang saudara baru dan Majlis Akad Nikah empat pasangan pengantin orang Asli yang disempurnakan oleh YB Ustaz Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Kadi Daerah Grik, Perak Darul Ridzuan. Turut diadakan acara simbolik penyempurnaan Surau oleh Tetamu Kehormat.
YBTM merakamkan ucapan penghargaan terima kasih dan tahniah kepada Bahagian Dakwah JAKIM, Jabatan Agama Islam Perak, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, Tok Batin, penghulu, Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Negeri Perak serta agensi-agensi Kerajaan dan swasta yang turut serta menjayakan program ini.
Semoga program ini akan dapat mengeratkn lagi hubungan silturrahim antara JAKIM dengan Jabatan Agama Islam Negeri, khususnya di Negeri Perak Darul Ridzuan.