KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA, PUTRAJAYA ( 23 JANUARI 2019) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan Bengkel Training of Trainers Du'at 2.0 : Kemahiran Menyantuni Golongan Sasar (Komuniti Penagih Dadah, Remaja Juvana, LGBT Dan PLHIV) kepada warga Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM.
Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Mohd Izwan bin Md. Yusof, Penolong Pengarah (Kanan), Unit Kecelaruan Gender, Cawangan Pembangunan Sosial dan Komuniti, Jakim. Manakala, pengisian ilmu telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek yang merupakan panel yang berpengalaman luas dalam isu sosial dan sentiasa bekerjasama dalam mengendalikan program-program di Bahagian KSK.
Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif yang dianjurkan bagi memberi maklumat, latihan dan pendedahan secara berperingkat tentang kaedah dan pendekatan dalam mengendalikan program-program Cawangan dalam menyantuni golongan sasar agar mudah untuk melakukan aktiviti turun ke lapangan apabila diperlukan.