Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Menangani Ancaman Akidah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-18 Tahun 2021 telah diadakan pada 26 Oktober 2021 bertempat di The Everly Hotel Putrajaya.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Senator Tuan Haji Idris Bin Haji Ahmad Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada Jam 2.30 petang dan dihadiri oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri , wakil-wakil Agensi antaranya Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Pertahanan. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBrs. Puan Hajah Hakimah bt Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM selaku Setiausaha Jawatankuasa, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM, Penasihat Undang-Undang JAKIM dan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Pendakwaan Syariah JAKIM.
Satu sesi taklimat keselamatan dan dua (2) kertas kerja telah dibentangkan pada mesyuarat kali ini. Beberapa keputusan telah dicapai dan diharap ia dapat dilaksanakan sebaik mungkin ke arah memperkukuhkan pegangan akidah umat Islam di Malaysia.