23 FEBRUARI 2023, KHAMIS
Kuala Lumpur-Pihak pengurusan tertinggi JAKIM diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan Bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM berkongsi pengalaman bersama Kumpulan Media Karangkraf yang turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Hussamuddin Haji Yaacub, Penasihat Kumpulan Karangkraf di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Pengurusan tertinggi JAKIM telah menyatakan hasrat untuk menjalinkan hubungan strategik bersama Kumpulan Media Karangkraf selaku ahli Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM (SDK).
Banyak perkongsian yang telah dikongsikan bersama bagi mengukuhkan lagi kerjasama JAKIM dengan Kumpulan Media Karangkraf sebagai ahli Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM.