Kurator Berita : Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2014M telah diadakan dengan jayanya pada 12 Rabi’ulawwal 1437H bersamaan 24 Disember 2015 (Khamis), bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, Selangor (MAEPS). Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminahtelah berkenan mencemar duli menghadiri majlis berkenaan sekaligus merasmikannya.
 
Dengan bertemakan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”, majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran YAB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan YABhg. Datin Seri Hamidah Khamis;YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M, dan tetamu-tetamu kenamaan yang lain.
 
Majlis sambutan itu turut disertai lebih 13,000 peserta termasuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, pertubuhan swasta, golongan pelajar, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai. Terlebih dahulu, para peserta kontinjen telah mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul, yang bermula dari Pintu ‘1’ MAEPS dan turut diiringi oleh alunan selawat kepada Baginda Nabi SAW.
 
Pada majlis itu juga, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan anugerah Maulidur Rasul SAW kepada sembilan penerima anugerah. Anugerah Perdana Maulidur Rasul SAW bagi tahun 1437H/2015M YBhg. Dato’ Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Bekas Mufti Wilayah Persekutuanmembawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000.00, sijil dan plak.
 
Manakala lapan (8) lagi penerima dan Anugerah Maulidur Rasul SAW adalah YBhg. DatinDr.Paizah binti Haji Ismail, YBhg. Dato’ (Dr) Haji ArBaharuddin bin Abu Kassim, YBrs. Prof. Dr. Muhaya binti Mohamad, YBrs. Dr Mundzir bin Abdullah, Encik Othman bin Md. Yusoff, Encik EbitIrawan Ibrahim Lew, Cik NurulEeman binti Mansordan Encik  Mithun Jay Langgim. Setiap daripada 8 penerima anugerah tersebut, masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM20,000.00, sijil dan plak.Majlis sambutan ini diakhiri dengan ceramah khas yang disampaikan oleh pendakwah bebas, YBrs. Dr Mohd Sukki bin Othman.
 
maulid 1437 1
 
maulid 1437 2
 
maulid 1437 3
 
maulid 1437 4
 
maulid 1437 5
 
maulid 1437 6
 
maulid 1437 7