Kurator Berita : Bahagian Dakwah

Pada 28 dan 29 Julai 2016, telah berlangsung satu pembentangan Penilaian Peringkat Akhir Anugerah Inovasi Islam (AII) 2016 bertempat di Bilik Syura Umar Al-Khattab, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor. Penyertaan telah dibuka kepada semua agensi-agensi agama di Jabatan Perdana Menteri, Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam, dan Jabatan Mufti seluruh Malaysiabermula15 Februari 2016 untuk menyertai pertandingan Anugerah Inovasi Islam dan penyertaan telah ditutup pada 24 Mac 2016 dengan sambutan penyertaan sebanyak 22 penyertaan iaitu:

  1. Kategori Perkhidmatan : 17 Penyertaan
  2. Kategori Produk : 5 Penyertaan

Satu mekanisme tapisan telah diadakan melalui Bengkel Semakan dan Penilaian Pertama Anugerah Inovasi Islam 2016 telah diadakan pada 16 Mei 2016 dan telah memilih 17 projek sahaja untuk layak ke peringkat seterusnya iaitu dengan pecahan:

  1. Kategori Perkhidmatan: 12 projek
  2. Kategori Produk: 5 projek

Kategori Produk dan Perkhidmatan

Tumpuan Penilaian adalah berdasarkan kepada:

  1. Idea: merangkumi aspek kreativiti dan kerelevanan. (25 Markah)
  2. Impak: merangkumi aspek Efisien/ Kecekapan dan signifikan dan sumbangan kepada Ummah . (40 Markah)
  3. Kebolehgunaan dan Aspek Komersial : Merangkumi aspek replicability dan nilai komersial . (25 Markah)
    1. Persembahan: merangkumi proses dokumentasi dan persembahan (10 Markah)

Objektif penganjuran Anugerah Inovasi Islam ini antaranya:

a)         Menonjolkan pelbagai idea kreatif dan inovatif dalam bidang pembangunan dan kemajuan Islam di Jabatan /Majlis dan Agensi Agama Islam;

b)         Menyampaikan mesej kepada masyarakat mengenai kepentingan budaya inovasi dalam pembangunan dan pengurusan hal ehwal Islam di Jabatan / Majlis dan Agensi Agama Islam sebagai tambah nilai dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat; dan

d)         Menggalakkan Jabatan / Majlis dan Agensi Agama Islam membudayakan inovasi dalam melaksanakan proses kerja di samping meningkatkan kecekapan dan keberhasilan.

Sesi pembentangan telah berjaya dilaksanakan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh semua peserta amat luar biasa kerana ini merupakan program yang pertama kali disertai oleh semua peserta. Jabatan /Majlis dan Agensi Agama Islam. Sesi pembentangan telah diakhiri dengan perbincangan bersama panel dan sesi penyampaian cenderahati kepada panel Hakim. Peserta-peserta yang terlibat dalam sesi pembentangan akhir ini ialah:

 

 

  1.  

Jabatan Agama Islam Perak (JAIP)

-         Perakuan Nikah Segera

  1.  

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS)

-         Methodologi Dakwah Orang Asli di Negeri Sembilan

  1.  

Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ)

-          Proses Kelulusan Pembaharuan Pensijilan Halal

      Malaysia Bagi Syarikat yang Terpilih

  1.  

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

-    Transformasi Kutipan Zakat yang Efisien

  1.  

Majlis Agama Islam Melaka

-      Transformasi Pengurusan Bantuan Makanan

      Bulanan MAIM

  1.  

Jabatan Mufti Selangor

-          Banner Fatwa Selangor

  1.  

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)

-    Portal i-Umrah dan Aplikasi Mobile i-Umrah

  1.  

Jabatan Kehakiman Syariah (JKSM) Selangor

-          Proses Kerja Kes Cerai Fast Track

(Mempercepatkan Penyelesaian Kes Perceraian di Bawah Seksyen 47 dari 90 hari ke 6 Jam Waktu Bekerja)

  1.  

Jabatan Kehakiman Syariah (JKSM) Terengganu

Smart Order Submission

- (Penghantaran Perintah Pembubaran Perkahwinan Melalui Sistem i-Post)

  1.  

Jabatan Kehakiman Syariah (JKSM) Terengganu

-    Non-Physical File and Digital Signature

  1.  

Jabatan Kehakiman Syariah (JKSM) Pulau Pinang

- e- Syariah Instant Access Procedure (e-Siap)

  1.  

Mahkamah Syariah Melaka

- Two Easy

  1.  

Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ)

-          Islamic Incinerator Mobile Machine (i2M2)

  1.  

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

-         Adwatt Box

  1.  

Jabatan Mufti Negeri Melaka

-          Qiblatain

  1.  

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

-    Pusat Pembedahan Katarak

  1.  

TV Alhijrah

-          Portal Hijrah Media.Com – Portal InteraktIf Video On Demand (VOD) Islamik TV Alhijrah

 

pembentangan anugerah inovasi 1

pembentangan anugerah inovasi 2

pembentangan anugerah inovasi 3

pembentangan anugerah inovasi 4 copy

pembentangan anugerah inovasi 5

pembentangan anugerah inovasi 6

pembentangan anugerah inovasi 7

pembentangan anugerah inovasi 8

pembentangan anugerah inovasi 9