Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
 
Majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1441H/2020M
 
Kota Kinabalu :  Seramai 109 peserta dari 14 buah negeri telah berhimpun dan memperdengarkan bacaan masing-masing sepanjang 6 hari sempena penganjuran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1441H/2020M bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu. Mereka membabitkan 28 qari dan qariah bagi kategori Tilawah yang terdiri daripada 2 orang wakil bagi setiap negeri iaitu seorang qari dan seorang qariah. Manakala 81 hafiz dan hafizah adalah peserta dari kategori Hafazan iaitu 41 orang peserta hafiz dan 40 orang peserta hafizah yang diadili 12 hakim tilawah dan 14 hakim hafazan. Majlis bertemakan ”Negara Rahmah Ummah Sejahtera” itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad pada 16 Feb dan Perasmian Penutupan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin  pada 21 Februari 2020 (Jumaat).
 
JAKIM meneruskan penganjuran MTHQK untuk edisi kali ini dengan menggabungkan acara Tilawah dan Hafazan secara serentak yang mana majlis Tilawah diadakan pada sebelah malam manakala majlis Hafazan pula berlangsung di sebelah siang. Majlis kali ini menyaksikan penyertaan peserta-peserta baharu dalam kalangan anak muda yang yang bersemangat tinggi dan bertenaga serta berpotensi untuk digilap bagi mencapai prestasi yang lebih baik pada masa akan datang.
 
Secara keseluruhannya, Jemaah Hakim sangat berpuashati dengan peningkatan persembahan mutu tilawah dan hafazan para peserta tahun ini. Ke semua peserta telah menunjukkan kesungguhan dan kemampuan persembahan bacaan al-Quran yang membanggakan. Bagaimana pun, Jemaah Hakim juga mendapati masih terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dipertingkatkan oleh peserta. Dalam kategori tilawah, peserta disarankan agar memberi perhatian terhadap perkara-perkara berikut antaranya yang pertama, keperluan meningkatkan kemahiran dalam aspek tajwid terutamanya dalam menyebut makhraj dan sifat huruf serta keselarasan dalam harakat mad dan ghunnah dalam bacaan. Kedua dari aspek taranum, peserta perlu menyusun burdah dan qit’ah lagu dengan lebih kemas dan menarik, ketiga, peserta perlu menyempurnakan setiap harakat taranum supaya ianya tidak tergantung dan keempat dari aspek vokal peserta perlu mahir dalam mengawal dan menyusun gaya suara mengikut kesesuaian lagu yang dialunkan.
 
Manakala bagi kategori menghafaz al-Quran, peserta disarankan agar menguasai dengan lebih baik  khususnya berkaitan sifat dan mahkraj huruf, mentadabbur setiap alunan bacaan serta mendalami ilmu taranum dengan lebih mendalam, Perkara ini seharusnya diambil perhatian oleh para peserta dan guru pengiring serta pihak negeri supaya meningkatkan usaha ke arah melahirkan hafiz dan hafizah, qari dan qariah yang bermutu dan lebih cemerlang pada masa hadapan.
 
Bagi kategori tilawah, Johan telah menerima hadiah wang tunai berjumlah RM17,000, pemenang tempat kedua menerima RM11,500 dan pemenang ketiga menerima RM8,500. Semua pemenang juga menerima wang tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, sijil penyertaan dan piala iringan.
Dalam kategori hafazan juzuk 1 hingga 10, Johan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM7,000, naib johan menerima RM5,500 dan tempat ketiga menerima RM3,000. 
Bagi kategori hafazan juzuk 1 hingga 20, Johan telah menerima hadiah wang tunai berjumlah RM9,000 dan tambahan RM7,000 untuk menunaikan umrah, pemenang kedua menerima RM6,000 dan pemenang ketiga menerima RM4,000.
 
Bagi kategori terakhir iaitu kategori hafazan juzuk 1 hingga 30, johan telah menerima hadiah wang tunai berjumlah RM17,000, pemenang kedua menerima RM11,500 dan pemenang ketiga menerima RM8,500. Semua pemenang juga menerima wang tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, sijil penyertaan dan piala iringan.
Lazimnya peserta yang cemerlang dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) ini akan berpeluang mewakili negara dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa di dalam dan luar Negara. Justeru Jakim mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka yang akan mewakili Negara ke peringkat antarabangsa seterusnya dapat mengharumkan nama Negara ke persada dunia. Berikut adalah keputusan mengikut kategori :
 
 
KATEGORI 1 - 10 JUZUK BESERTA TARANNUM (LELAKI)
 
TEMPAT PERTAMA:
DENGAN MARKAH : 98.10%
DISANDANG OLEH : MUHAMMAD AL-JAZARI BIN KUHAMMAD HELMI
DARI NEGERI : KEDAH
 
TEMPAT KEDUA:
DENGAN MARKAH : 97.73%
DISANDANG OLEH : ABDUL MUN’IM BIN IHYAUDDEEN
DARI NEGERI : WILAYAH PERSEKUTUAN
 
TEMPAT KETIGA:
DENGAN MARKAH : 97.72%
DISANDANG OLEH : MUHAMMAD IMRAN BIN HUSSIN
DARI NEGERI : SELANGOR
 
 
KATEGORI 1-10 JUZUK BESERTA TARANNUM (PEREMPUAN)
 
TEMPAT PERTAMA:
DENGAN MARKAH : 96.98%
DISANDANG OLEH : NURUL IZZAH BINTI MUKHALI
DARI NEGERI : SARAWAK
 
TEMPAT KEDUA:
DENGAN MARKAH : 96.47%
DISANDANG OLEH : NURUL HUSNA BINTI ABDUL AZIZ
DARI NEGERI : KEDAH
 
TEMPAT KETIGA :
DENGAN MARKAH : 96.09%
DISANDANG OLEH : MASYITHAH BINTI MOHD FARID
DARI NEGERI : NEGERI SEMBILAN
 
 
KATEGORI 1 - 20 JUZUK (LELAKI)
 
TEMPAT PERTAMA:
DENGAN MARKAH : 98.81%
DISANDANG OLEH : SHEIKH MUHAMMAD AIMAN HAFIY BIN HISHAMUDDIN
DARI NEGERI : TERENGGANU
 
TEMPAT KEDUA:
DENGAN MARKAH : 97.98 %
DISANDANG OLEH : HAIKAL FIRDAUS BIN JAAFARUDIN
DARI NEGERI : WILAYAH PERSEKUTUAN
 
TEMPAT KETIGA:
DENGAN MARKAH : 96.86%
DISANDANG OLEH : MUHAMMAD  LUQMAN DANIAL BIN ZAID
DARI NEGERI : NEGERI SEMBILAN
 
 
KATEGORI 1 - 20 JUZUK (PEREMPUAN)
 
TEMPAT PERTAMA:
DENGAN MARKAH : 97.83%
DISANDANG OLEH : PUTRI AUNI KHADIJAH BINTI MOHD HANIF
DARI NEGERI : KELANTAN
 
TEMPAT KEDUA:
DENGAN MARKAH : 95.25%
DISANDANG OLEH : AQILAH SULHI BINTI AHMAD ROZAINI
DARI NEGERI : PERAK
 
TEMPAT KETIGA:
DENGAN MARKAH : 94.70%
DISANDANG OLEH : NURUL NAJWA BINTI ZAHARI
DARI NEGERI : PAHANG
 
 
KATEGORI 1 - 30 JUZUK BESERTA TAFSIR (LELAKI)
 
TEMPAT PERTAMA:
DENGAN MARKAH : 96.35%
DISANDANG OLEH : MOHAMAD HAKIM BIN MOHD HISAM
DARI NEGERI : KEDAH 
 
TEMPAT KEDUA:
DENGAN MARKAH : 95.80%
DISANDANG OLEH : MUHAMMAD ZULHANIF BIN MOHD ROSDI
DARI NEGERI : KELANTAN
 
TEMPAT KETIGA:
DENGAN MARKAH : 95.04%
DISANDANG OLEH : MUHAMMAD SYAMIL ISLAM BIN AHMAD
DARI NEGERI : JOHOR
 
 
KATEGORI 1-30 JUZUK BESERTA TAFSIR (PEREMPUAN)
 
TEMPAT PERTAMA:
DENGAN MARKAH : 97.10%
DISANDANG OLEH : PUTRI AMINAH BINTI MOHD HANIF
DARI NEGERI : KELANTAN
 
TEMPAT KEDUA:
DENGAN MARKAH : 94.72% 
DISANDANG OLEH : NORHAAFIZAH BINTI MOHD SHAFIE
DARI NEGERI : WILAYAH PERSEKUTUAN
 
TEMPAT KETIGA:
DENGAN MARKAH : 93.93% 
DISANDANG OLEH : SITI MASITAH BINTI MOHAMAD MAAROF
DARI NEGERI : SELANGOR
 
 
KEPUTUSAN BAGI KATEGORI TILAWAH AL-QURAN
 
BAHAGIAN QARI
 
JOHAN BAHAGIAN QARI
DENGAN MARKAH : 90.66%
DISANDANG OLEH : MUHAMMAD QAYYIM NIZAR BIN SARIMI
DARI NEGERI : KELANTAN
 
TEMPAT KEDUA
DENGAN MARKAH : 89.34%
DISANDANG OLEH : MOHAMAD SYAHEED BIN SABRI
DARI NEGERI : PAHANG
 
TEMPAT KETIGA
DENGAN MARKAH : 86.34%
DISANDANG OLEH : MOHAMAD HUSAINI BIN MAHMUR
DARI NEGERI : NEGERI SEMBILAN
 
 
BAHAGIAN QARIAH
 
JOHAN BAHAGIAN QARIAH
DENGAN MARKAH : 88.34%
DISANDANG OLEH : PUTERI KALIMATUL AZZUA BINTI HAMID
DARI NEGERI : PERAK
 
TEMPAT KEDUA
DENGAN MARKAH : 85.34%
DISANDANG OLEH : NURUL NADIAH BINTI HASHIM
DARI NEGERI : JOHOR
 
TEMPAT KETIGA
DENGAN MARKAH : 85.00%
DISANDANG OLEH : NORJANNAH BINTI ABD RAHMAN
DARI NEGERI : TERENGGANU
 
JOHAN KESELURUHAN TILAWAH AL-QURAN
DISANDANG OLEH NEGERI: KELANTAN DARUL NAIM
 
Tilawah Keb20 1
 
Tilawah Keb20 6
 
Tilawah Keb20 13
 
Tilawah Keb20 2
 
Tilawah Keb20 20
 
Tilawah Keb20 26
 
Tilawah Keb20 28
 
Tilawah Keb20 17
 
Tilawah Keb20 4
 
 
 
Tilawah Keb20 29
 
Tilawah Keb20 15
 
Tilawah Keb20 16
 
Tilawah Keb20 14
 
Tilawah Keb20 9
 
Tilawah Keb20 12
 
Tilawah Keb20 3
 
Tilawah Keb20 22
 
*Gambar ihsan JAPEN Sabah