Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
YB Haji Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) telah menyempurnakan gimik penyerahan sumbangan kepada 5 Ketua Keluarga Masyarkat Orang Asli Kuala Lah Gua Musang di Dewan Serbaguna Kg Kuala Lah. Manakala baki sumbangan akan disampaikan oleh penghulu dan PMOA kepada 70 keluarga yang terdiri daripada 210 penduduk muslim dan 145 penduduk bukan Islam .
 
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ADUN Nenggiri YB Ab. Aziz bin Yusoff, En. Ahmad Harithah bin Muhamad wakil JAKIM.
 
Sumbangan yang disampaikan berupa barangan keperluan dapur bagi meringankan beban yang dihadapi mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020.
 
Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kewangan ke Tabung Musa'adah Covid-19 JAKIM bolehlah menyalurkan sumbangan ke Tabung Bencana Alam, Bank Islam Malaysia Berhad , No. Akaun : 16027010001528
 
Sumbangan Tabung Musaadah di KOA Kuala Lah 1
 
Sumbangan Tabung Musaadah di KOA Kuala Lah 2
 
Sumbangan Tabung Musaadah di KOA Kuala Lah 3
 
Sumbangan Tabung Musaadah di KOA Kuala Lah 4
 
 
#musaadahcovid19