Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Kreatif sempena  Nuzul Al-Quran 1441H/2020M telah disempurnakan dengan jayanya oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada Selasa, 9 Jun 2020, jam 12.30 tengah hari di Blok A, Kompleks Islam Putrajaya (JAKIM).

Pertandingan yang diadakan bermula pada 7 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020 itu adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan nilai Islam kepada masyarakat melalui Al-Quran dan sebagai kempen menggalakkan masyarakat membaca, mentadabbur dan menghayati al-Quran. Di samping itu, ia menggalakkan masyarakat duduk di rumah dengan melakukan aktiviti bermanfaat sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).  

Program ini dianjurkan oleh JAKIM dengan kerjasama dari pihak Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), menaja hadiah wang tunai untuk semua para pemenang berjumlah RM8450.00, YaPEIMGold Menaja hadiah berupa simpanan emas berjumlah  6 gram dan Yayasan Restu telah menaja sebanyak 37 naskhah al-Quran. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu Nuzul al-Quran Challenge PKPB yang telah disertai sebanyak 52 penyertaan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan Iqra’ Challenge PKPB yang telah disertai oleh peserta berumur 7 hingga 14 tahun sebanyak 59 penyertaan.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut. Bagi Kategori Nuzul al-Quran Challenge PKPB, johan dimenangi oleh encik Muhammad Hariz Daniel Bin Mohd Sharel Azlee dari Putrajaya dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1000.00, manakala Naib Johan dimenangi oleh Cik Maryam Nabeelah Binti Ismail yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500.00, dan tempat ketiga dimenangi oleh En. Azizan Habri Bin Nurman yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM300.00.

Bagi Kategori Iqra’ Challenge PKPB, Johan dimenangi oleh adik Ulwan Husaini Bin Lahirul menerima wang tunai RM700.00 dari negeri Sabah, Naib Johan ialah adik Nur Aisyah Al Humaira Binti Mohd Shukri menerima wang tunai RM350.00 dan Tempat Ketiga dimenangi oleh adik Qaisarah Jannah Binti Abdul Nazar yang menerima wang tunai RM200.00. Kesemua hadiah wang tunai ditaja oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Selain itu, semua pemenang juga menerima hadiah Simpanan Emas bernilai 1gm setiap seorang sumbangan YaPEIM Gold serta sebuah Naskhah al-Quran Eksklusif sumbangan Yayasan Restu.

Diharapkan pertandingan seperti ini dapat memberikan manfaat kepada semua yang terlibat.

WhatsApp Image 2020 06 09 at 14.42.53

WhatsApp Image 2020 06 09 at 14.42.51 1

WhatsApp Image 2020 06 09 at 14.42.50 1

WhatsApp Image 2020 06 09 at 14.42.51

WhatsApp Image 2020 06 09 at 14.42.52

WhatsApp Image 2020 06 09 at 14.42.53 1

WhatsApp Image 2020 06 09 at 14.42.49 1

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)