Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
Pegawai Kanan JAKIM berkampung selama tiga hari dua malam di Melaka bermula 24 hingga 26 Julai 2020 dalam rangka memperkemaskan lagi fungsi dan fokus semasa jabatan. Ia dibuat setelah JAKIM melalui proses penstrukturan semula organisasi pada tahun 2018.
 
Dato' Paimuzi Yahya, Ketua Pengarah JAKIM ketika merumuskan sesi mesyuarat tersebut hari ini berkata, "warga JAKIM perlu faham apakah peranan dan fungsi JAKIM yang sebenarnya?. JAKIM perlu bertindak sebagai agensi pusat dalam perkara dasar yang berkait dengan Islam dan perkara yang memerlukan ulasan JAKIM."
 
Beliau menambah, " JAKIM perlu bersedia menghadapi cabaran semasa yang memerlukan jawapan dan pandangan yang cepat dan tepat. Semua jawapan yang diberikan perlu dapat diyakini dan dipegang oleh masyarakat.
 
"Harapan masyarakat begitu besar terhadap JAKIM dan JAKIM perlu bertindak bagi memenuhi harapan yang tinggi itu dengan jayanya."
 
Mesyurat turut mempertimbang cadangan untuk melakukan rombakan kecil terhadap beberapa fungsi dan kedudukan pegawai di bahagian-bahagian tertentu selaras situasi dan fokus semasa.
 
Fungsi pengurusan KAFA di seluruh negara turut diberi perhatian bagi memastikan sistem pendidikan tersebut dapat diberi keutamaan.
 
JAKIM Perkemas Fungsi Sesuai Keperluan Semasa 1
 
JAKIM Perkemas Fungsi Sesuai Keperluan Semasa 2
 
JAKIM Perkemas Fungsi Sesuai Keperluan Semasa 3
 
JAKIM Perkemas Fungsi Sesuai Keperluan Semasa 4
 
JAKIM Perkemas Fungsi Sesuai Keperluan Semasa 5