Kurator Berita : Bahagian Undang-Undang
Pembentangan Rang Undang-Undang Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2018 (RUU 505) di Dewan Negara pada 09 Mei 2019 oleh YB Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk bacaan kali kedua dan ketiga.
 
Pindaan kepada beberapa peruntukan di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505] khususnya seksyen 97 dan 99 adalah untuk meluaskan kuasa Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam mengawal selia perjalanan dan pentadbiran sekolah agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
 
RUU 505 tersebut telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 10 April 2019 dan Dewan Negara pada 9 Mei 2019.
 
Pembentangan RUU 505 1
 
Pembentangan RUU 505 2
 
Pembentangan RUU 505 3