Kurator Berita : Sekretariat Majlis Halal Malaysia

PUTRAJAYA, 19 Jun 2019 - Sekretariat Majlis Halal Malaysia melalui Halal Professional Board (HPB) buat julung kalinya berjaya menganjurkan program "Breakfast Talk" bersama PLH.

Sesi ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Aras 6, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya dan dipengerusikan oleh Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia (SMHM), YBhg Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan daripada MHM.

Objektif sesi ini diadakan untuk menjelaskan maklumat dan ketetapan kepada setiap PLH agar selaras dengan Garis Panduan Penyedia Latihan Halal yang sedia ada serta membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh PLH.

Sebanyak 22 buah PLH dari pelbagai IPT telah menghadiri sesi ini yang berlangsung selama empat jam. Sebanyak 3 pembentangan telah disampaikan yang merangkumi Panduan Penyedia Latihan Halal & Tenaga Pengajar Halal, Prosedur Penganjuran dan Pengeluaran Sijil Halal Eksekutif & Audit Halal Dalaman dan diakhiri dengan sesi perbincangan dan sesi soal jawab yang dikelolakan oleh Tuan Mohamad Samir bin Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan, HPB, MHM JAKIM.

Semoga perbincangan dan program seumpama ini dapat memperkasakan Penyedia Latihan Halal dalam melahirkan Bakat Halal sekaligus meningkatkan lagi kualiti penyedia latihan halal yang berdaftar dengan JAKIM.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

BF HPB UTAMA 19062019

BF HPB 1 19062019

BF HPB 2 19062019

BF HPB 3 19062019

BF HPB 4 19062019

BF HPB 5 19062019