Senarai Hadith
| Bil | Hadith | Tarikh |
|---|---|---|
| 881 |
The Disappearance of Honesty
Huzaifah Ibn Yaman r.a. said that: The Prophet (peace and blessings be upon him) told us two things, one of which I have seen fulfilled, and of the other I am still waiting. He told us that honesty was preserved in the roots of the hearts of men (in the beginning) and then they learnt it (honesty) from the Koran and they learnt it from the (Prophet’s) sunnah (practice). Then he told us about the disappearance of honesty saying: ‘A man will go to sleep whereupon honesty will be taken away from his heart leaving only its trace will remain, resembling the traces of fire. Then he goes to sleep again and the remainder of honesty will be taken away (from his heart), leaving a trace like a blister which is raised over the surface of skin when an ember touches one’s; and in fact, this blister does not contain anything.’
Then he took a pebble and started throwing it towards his foot and continued: ‘People will go on buying and selling, but not one of them will be a trustworthy man, to the extent that it will be said that in such and such a tribe there is one man who is trustworthy. Of the man it will be said how clever, handsome and intelligent he is; yet he will not have a grain of faith in his heart that would amount to a mustard seed. There was a time (that had passed) when I did not mind with whom I did business, if he was a Muslim then his faith was a sufficient guarantee, and if he was a Jew or a Christian his Muslim would prevent him from cheating. However, today I do not do business except with so and so.” (al-Bukhari 81:35; Muslim 1:62)
(al-Bukhari and Muslim) |
Jul 20, 2008 |
| 882 |
Ganjaran Mempersiapkan Pertahanan (tentera) Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a katanya : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : Sesiapa yang mempersiapkan seorang tentera penyerang di jalan Allah untuk menjaga keluarganya maka sesungguhnya ia juga telah berperang. |
Jul 19, 2008 |
| 883 |
Jangan Mengintip! Sesiapa yang mengintip atau memandang di dalam rumah sesuatu kaum tanpa izin mereka maka sesungguhnya halallah bagi mereka mencungkil matanya. |
Jul 18, 2008 |
| 884 |
Berzina dengan isteri jiran Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan katanya : Aku bertanya : Ya Rasulullah! Manakah satu dosa yang paling besar? Baginda bersabda : Engkau menjadikan sekutu bagi Allah sedangkan Ia yang menciptakan engkau. Aku bertanya : Kemudian apa ? Baginda bersabda : Engkau membunuh anak mu kerana takut ia makan bersama mu. Aku bertanya : Kemudian apa ? Baginda bersabda : Engkau berzina dengan isteri jiran mu. |
Jul 17, 2008 |
| 885 |
Mewarnakan Rambut Dari Ibnu Sirin r. A katanya:.Aku bertanya kepada Anas bin Malik r.a:Adakah Rasulullah s.a.w mencelup rambut baginda? jawab Anas:Baginda tidak kelihatan beruban, kecuali di janggutnya nampak beberapa helai rambut putih. Kata Ibnu Sirin:Aku betanya pula kepadanya, adakah Abu Bakar mencelup rambutnya? Jawab Anas:Ada. Dengan inai. |
Jul 16, 2008 |
| 886 |
Tiga Buah Masjid Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin) |
Jul 15, 2008 |
| 887 |
Menjauhi Daripada Bisikan Syaitan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata: Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu? Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam. |
Jul 14, 2008 |
| 888 |
Ikhlas Tapi Jauh Dari Mu'awiyah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu meminta-minta. Demi Allah! Tidak seorang jua pun yang meminta kepadaku, yang tidak kupenuhi permintaannya. Tetapi seorang yang kuberi dengan hati enggan, maka pemberianku itu tidak berkat baginya. |
Jul 13, 2008 |
| 889 |
Panas Yang Membara Dari Abu Hurairah r.a, rasulullah s.a.w bersabda:Apimu di dunia ini sepertujuh api neraka. Ada seseorang berkata:Keadaannya sudah mencukupi. Baginda bersabda:'Ditambah lagi dengan enam puluh sembilan kali panasnya dari api neraka. |
Jul 11, 2008 |
| 890 |
Sedekah Tidak Mengurangkan Harta Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya. |
Jul 10, 2008 |
| 891 |
Seawal-awal Perhitungan Antara Manusia Daripada Ibnu Mas'ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : Yang mula-mula diputuskan di antara manusia pada hari kiamat ialah pada darah. |
Jul 09, 2008 |
| 892 |
Perempuan Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." |
Jul 07, 2008 |
| 893 |
Ucapan Yang Baik Dibalas Dengan Yang Lebih Baik Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w. |
Jul 06, 2008 |
| 894 |
Kewajipan Pemimpin Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kau muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti. |
Jul 05, 2008 |
| 895 |
Enggan masuk syurga? Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Semua umat ku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Baginda ditanya: Siapakah yang enggan? Baginda bersabda : Sesiapa yang taat kepada ku ia masuk syurga dan sesiapa yang derhaka kepada ku ia masuk neraka. |
Jul 04, 2008 |
| 896 |
Menyebarkan ilmu Daripada Mu'awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir. |
Jul 03, 2008 |
| 897 |
Tragedi Pembunuhan Pertama Diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Tidak dibunuh satu jiwa secara zalim melainkan ada bahagian darahnya bagi anak Adam yang pertama (Qabil) kerana dialah orang yang mula-mula mengasaskan pembunuhan. |
Jul 02, 2008 |
| 898 |
Peraturan Solat Berjamaah Dari Anas bin Malik katanya:Aku dan seorang anak yatim solat bersama-sama di rumah kami, di belakang nabi s.a.w. Sedangkan ibuku, ummu Sulaim di belakang kami. |
Jul 01, 2008 |
| 899 |
The Patience of a Prophet
Narrated Abdullah r.a.: As if I saw the Prophet (peace and blessings be upon him) talking about one of the prophets whose nation had beaten him and caused him to bleed, while he was cleaning the blood off his face and saying, “O Allah! Forgive my nation, for they have no knowledge.”
(From al-Bukhari)
|
Jun 30, 2008 |
| 900 |
Some of the Prohibitions by the Prophet
Narrated by al-Mughirah r.a.: The Prophet (peace and blessings be upon him)has said, “Allah Almighty has forbidden for you to be undutiful to your mothers, to bury your daughters alive, to not pay the rights of the others (e.g. charity, etc.) and to beg of men. And Allah Almighty has hated for you vain, useless talk, or that you talk too much about others, to ask too many questions (in disputed religious matters) and to waste wealth (by extravagance).”
(From al-Bukhari)
|
Jun 29, 2008 |





