Senarai Hadith

Bil Hadith Tarikh
161 Kolam Al-Kaunthar
Dari Samurah r.a, bahawa Nabi s.a.w : Sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang Nabi ada sebuah kolam, dan sesungguhnya mereka masing-masing akan bermegah “ megah siapakah yang umatnya lebih ramai datang minum dan sesungguhnya aku berharap aku akan menjadi orang yang lebih ramai umatnya datang minum.
Oct 31, 2011
162 Islam Dan Hukumnya
Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda Janganlah kamu berhasad dengki antara satu dengan yang lain, dan janganlah kamu (sebagai pembeli) pura-pura menurunkan harga yang tinggi dengan tujuan memperdaya orang lain supaya membelinya dengan harga yang lebih tinggi, dan janganlah kamu benci membenci atau bermusuhan dan janganlah kamu putuskan hubungan mesra dan pulau memulaukan sesama sendiri, dan janganlah kamu (sebagai penjual) memotong jalan penjual yang lain; (janganlah kamu melakukan perkara-perkara yang keji itu) tetapi hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Oct 30, 2011
163 Dua Waktu Yang Perlu Diawasi
Dari Jabir r.a , katanya: Rasul s.a.w bersabda: anak kunci syurga ialah sembahyang.
Oct 29, 2011
164 Menjaga Hati
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.
Oct 28, 2011
165 Hakikat Sembahyang
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku'nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.
Oct 03, 2011
166 Berusaha Supaya Tidak Menjadi Miskin
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qadha' dan qadar.
Oct 02, 2011
167 Berusaha, Berdoa dan Bertawakkal Kepada Allah
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.
Oct 01, 2011
168 Kepentingan Ilmu
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.
Sep 30, 2011
169 Galakkan Mencari Rezeki Yang Halal
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.
Sep 29, 2011
170 Al-Quran Sebagai Pemberi Syafaat Di Hari Akhirat
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.
Sep 28, 2011
171 Larangan Meminta-minta Dan Menzahirkan Kefakiran
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya apabila Allah S.W.T. telah mengurniakan sesuatu nikmat kepada hamba-Nya, Dia suka melihat kesan nikmat yang telah dikurniakan itu. Allah S.W.T. benci melihat orang yang menzahirkan kefakiran dan orang yang meminta-minta serta Allah S.W.T. mengasihi orang yang bersifat malu dan memelihara kehormatan.
Sep 27, 2011
172 Pohonlah Keampunan dan Kemaafan Sebelum Terlambat
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.
Sep 25, 2011
173 Doa adalah intipati kepada segala ibadah
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak.
Sep 24, 2011
174 Bersyukur
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.
Sep 23, 2011
175 Sikap Yang Baik
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.
Sep 22, 2011
176 Keadilan
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Takutlah doa orang yang dizalimi sekalipun ia seorang kafir kerana sesungguhnya tidak ada halangan di antara doanya dengan Allah.
Sep 21, 2011
177 Orang Yang Berbudi Mulia
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya : orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut
Sep 20, 2011
178 Sedekah
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.
Sep 19, 2011
179 Perhimpunan Di Padang Mahsyar Sehingga Masing-masing Menerima Balasan
Nabi s.a.w bersabda sesudah baginda bersumpah: \Tidak ada seseorang yang memiliki untu, lembu atau kambing, yang ia tidak menyempurnakan haknya, melainkan dibawa binatang itu pada hari kiamat, dalam keadaan yang sebesar-besar dan segemuk-gemuknya, memijak dan melanyak-lanyaknya dengan tapak kakinya dan menanduknya dengan tanduknya; setiap kali selesai kumpulan binatang-binatang itu berbuat demikian diulanginya pula perbuatan yang tersebut, sehingga diselesaikan perbicaraan di antara manusia.\
Sep 18, 2011
180 Gambaran Kehidupan Orang Yang Beriman
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang , saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam.
Sep 18, 2011