Perkara Yang Mengiringi Jenazah
Tarikh:
Jun 08, 2012
Riwayat:
Bukhari dan Muslim
Kategori:
Akhlak Hadith:
Daripada Anas RA daripada Rasulullah SAW sabdanya, “Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal bersamanya hanyalah amalannya."
Huraian Hadith:
-
Hadis ini menggalakkan kita melakukan amalan soleh, kerana amalan itu akan sentiasa menemani sehingga ke alam barzakh dan alam akhirat.
-
Harta dan keluarga tidak akan menemani di alam barzakh.
-
Tiga perkara menjadi kepentingan utama di atas dunia iaitu keluarga, kekayaan dan amal kebajikannya.
- Hits : 1250





