Sifat Tawakal Membawa Ke Syurga
Tarikh:
May 23, 2012
Riwayat:
Muslim
Kategori:
Akhlak Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda, “Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung (yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya.)”
Huraian Hadith:
-
Orang beriman yang bertawakal kepada Allah dan tidak berasa bimbang tentang masalah rezekinya adalah seperti burung yang berusaha mencari rezeki setiap hari untuk hari itu sahaja.
-
Orang yang hatinya seperti burung yakni benar-benar berserah dan percaya jaminan Allah kepada dirinya akan dimasukkan ke Syurga.
-
Sifat yakin dan tawakal amat dituntut dalam Islam.
- Hits : 338





