Senarai Hadith

Bil Hadith Tarikh
1 Kelebihan Bersugi
 
Daripada Huzaifah RA katanya Nabi SAW apabila Baginda bangun daripada tidur maka Baginda menggosok-gosok mulutnya dengan kayu sugi.
 
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Jul 06, 2015
2 Kelebihan Mendirikan Qiamullail
 
Daripada Ali RA bahawa Nabi SAW datang ke tempatnya dan Fatimah pada waktu malam, lalu Baginda bersabda : (Apakah kamu tidak menunaikan sembahyang?)
 
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Jul 02, 2015
3 Perintah Wajib Membayar Zakat
 
Daripada Jarir bin ‘Abdillah RA katanya : Aku telah mengaku  serta berjanji kepada Nabi SAW : Bahawa aku akan tetap mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan memberi nasihat yang baik kepada setiap orang Islam.
 
 
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Jun 30, 2015
4 Kelebihan Menyegerakan Berbuka Puasa
 
Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : “ Allah ‘Azza wa Jalla  berfirman dalam hadith qudsi, aku sangat mengasihi hamba-hambaku yang bersegera berbuka puasa”.
 
 
(Hadith Riwayat at-Tirmizi katanya hadith ini hadith hasan)
 
 
Jun 25, 2015
5 Hikmah Bersahur
 
Daripada Anas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
Jun 23, 2015
6 Berpuasa di Bulan Ramadhan kerana Allah SWT
 
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Jun 18, 2015
7 Keutamaan Membaca al-Qur'an
 
Daripada Aishah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Orang-orang yang boleh membaca al-Qur’an dengan lancar dan tajwid yang betul, mereka sama taraf dengan malaikat yang merupakan utusan Allah dan mereka sentiasa berbakti dan patuh kepadanya, sebaliknya bagi orang yang boleh membaca al-Qur’an tapi tidak lancar dan tajwidnya pula kurang baik akan memperolehi dua pahala”.
 
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Jun 17, 2015
8 Harus Berwudhu' Menggunakan Bekas yang Suci
 
 
Daripada Abdillah bin Zaid RA katanya, “Rasulullah SAW datang menemui kami lalu kami memberikan air kepada Baginda dalam satu mangkuk yang diperbuat daripada tembaga lalu Baginda berwudhu’.
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari)
 
 
Jun 01, 2015
9 Kelebihan Berdoa
 
 
Daripada Anas RA katanya bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “ Doa-doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak oleh Allah SWT”.
 
 
(Hadith Rwayat (Abu Daud dan at-Tirmizi) dan  at-Tirmizi mengatakan bahawa ini adalah hadith hasan)
 
 
May 22, 2015
10 Jauhi Sifat Sombong
 
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Pada suatu ketika seorang lelaki berjalan dengan pakaian yang membanggakan dirinya  serta rambutnya disikat rapi dan berlagak sombong ketika berjalan. Tiba-tiba Allah membenamkannya ke dalam bumi maka dia terus menerus meluncur ke dalam bumi hinggalah hari kiamat.
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
May 20, 2015
11 Galakan Memberi Nasihat
 
Daripada Anas RA katanya, seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata : Sesungguhnya aku hendak pergi musafir wahai Rasulullah, berilah nasihat sebagai bekalanku, Baginda pun bersabda, “Semoga Allah memberi kekuatan iman kepadamu”. Lelaki itu berkata lagi, “Tambahkanlah doa untukku lagi” lalu Baginda bersabda “Mudah-mudahan Allah memberi keampunan kepadamu” lelaki tersebut berkata lagi, “Tambahkanlah lagi doa untukku” Baginda bersabda lagi, “Semoga Allah memberi kemudahan kepadamu dan kamu mendapat kebaikan di mana sahaja kamu berada.”
 
(Hadith Riwayat Imam at-Tirmizi, katanya hadith hasan)
 
 
May 13, 2015
12 Kepentingan Ilmu
 
Daripada Muawiyah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah memperolehi kebaikan Allah menjadikannya pandai dalam hal keagamaan”.
 
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 
May 08, 2015
13 Makruh Makan Sambil Bersandar
 
Daripada Anas RA katanya, aku melihat Rasulullah SAW duduk, dengan merapatkan kedua punggungnya ke lantai dan mengangkat kedua lututnya ke atas sambil makan tamar.
 
(Hadith Riwayat Muslim)
 
 
May 06, 2015
14 Sentiasa Bersyukur dan Memuji Allah SWT
 
Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah Redha kepada hambanya yang apabila ia makan sesuatu makanan lalu ia memuji Allah atas makanan itu dan apabila ia minum akan minuman lalu ia memuji kepada Allah atas minuman itu”.
 
 
(Hadith Riwayat Muslim)
 
 
Apr 30, 2015
15 Harta Benda Adalah Perhiasan di Dunia
 
Daripada Ka‘ab bin ‘Iyadh RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya bagi setiap umatku ada ujian. Ujian ke atas umatku ialah harta benda”.
 
 
(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya : Hadith ini Hasan lagi Sahih)
 
 
Apr 28, 2015
16 Berat Sama dipikul Ringan Sama dijinjing
 
Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya kaum Asy‘irin apabila kehabisan atau hampir habis bekalan makanan di dalam peperangan atau bekalan makanan keluarga di Madinah berkurangan, mereka mengumpulkan apa yang ada pada mereka dalam sehelai kain, kemudian mereka membahagikan sesama mereka di dalam satu bekas dengan sama rata. Mereka itu dari golonganku dan aku dari golongan mereka.”
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Keterangan :
 
Asy‘irin adalah kaum Abu Musa al-Asy’ari, dinisbahkan kepada datuk mereka al-Asy ‘ari bin Qahtan.
 
 
Apr 27, 2015
17 Masa yang Paling Mustajab Untuk Berdoa
 
Daripada Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya bahawa Abdullah bin Umar RA berkata : Adakah engkau pernah mendengar ayahmu menceritakan tentang Rasulullah SAW melakukan sembahyang jumaat? Lalu Abu Burdah menjawab, “ya” aku pernah mendengar ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Masa yang paling mustajab itu ialah ketika bermulanya duduk imam di atas mimbar sehinggalah selesai sembahyang jumaat)).
 
 
 
(Hadith Riwayat Muslim)
 
 
Apr 24, 2015
18 Kelebihan Memberi Salam
 
Daripada Abdillah bin Amr bin al-‘As RA, sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Manakah amalan yang paling baik di dalam Islam?” lalu Baginda menjawab, “Hendaklah engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau sudah kenal dan juga kepada orang yang belum engkau kenal.”
 
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Apr 23, 2015
19 Adab Menziarah Orang Sakit
 
Daripada Abu Musa RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Ziarahilah orang sakit, beri makanlah orang lapar dan bebaskanlah tawanan”.
 
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari)
 
 
Apr 22, 2015
20 Berkasih Sayang kerana Allah
 
Daripada Muaz RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Firman Allah Taala (dalam Hadith Qudsi) orang-orang yang berkasih sayang kerana keagunganku akan mendapat minbar-minbar daripada cahaya yang diinginkan oleh para nabi dan syuhada’ ”.
 
(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya : Hadith ini Hasan lagi Sahih)
 
 
Apr 21, 2015