Senarai Hadith
| Bil | Hadith | Tarikh |
|---|---|---|
| 21 |
Ganjaran Memelihara Anak Gadis
Daripada Anas RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memelihara dua anak gadis sehingga baligh kedua-duanya nescaya dia datang bersama aku pada hari kiamat seperti ini sambil menunjukkan (merapatkan) dua jarinya”. |
Mar 19, 2013 |
| 22 |
Waktu Doa Paling Mustajab
Dari Ibnu Abbas RA katanya: Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T." |
Mar 18, 2013 |
| 23 |
Amalan Membawa ke Syurga
Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansori RA: Bahawasanya seorang lelaki berkata “ Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk ke syurga”. Jawab Rasulullah, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim”. |
Mar 14, 2013 |
| 24 |
Eratkan Silaturahim Sesama Muslim
Daripada Abdullah ‘Amru bin al-‘As R.huma katanya, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda secara terang-terangan bukan rahsia, “Sesungguhnya kaum keluarga abi fulan (keluarga Abu Talib atau Abu al-‘As bin Umayyah) tidak menjadi kekasih ku, tetapi yang menjadi kekasih ku ialah Allah dan orang-orang mukmin yang soleh. Walau bagaimanapun bagi mereka ada hubungan silaturahim nescaya aku akan menyirami dengan airnya (aku menghubungkan silaturahim)”. |
Mar 13, 2013 |
| 25 |
Haram Mengkhianati Sesama Islam
Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW, ”Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya). Menjadi kewajipan antara orang Islam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan kedadanya). Sudah cukup seseorang itu untuk dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam.” |
Mar 08, 2013 |
| 26 |
Menolong Orang Zalim dan Yang Dizalimi
Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tolonglah saudara kamu yang zalim atau yang dizalimi”, berkata seorang lelaki, “Wahai Rasulullah, aku akan menolongnya jika ia dizalimi, bagaimana pula aku akan menolongnya jika dia seorang yang zalim?” jawab baginda, “Engkau boleh menahannya daripada melakukan kezaliman, maka yang demikian bererti engkau menolongnya”. |
Mar 07, 2013 |
| 27 |
Kewajipan Menjaga Keamanan
Daripada Abu Musa al-Asy’ariy RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang lalu di dalam kawasan masjid atau pasar kami dengan membawa panah, maka hendaklah ia memegang (menutup) mata panah itu dengan tangannya kerana ditakuti terkena salah seorang daripada muslimin dengan panah itu”. |
Mar 06, 2013 |
| 28 |
Jangan Mendedahkan Aib Orang lain
Daripada Ibnu Umar R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya dihari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat”. |
Mar 05, 2013 |
| 29 |
Cabaran Mengikut Peredaran Masa
Daripada Zubair bin Adi katanya, “Kami telah menemui Anas bin Malik RA (di Basrah) mengadu beberapa hal mengenai tindakan (kezaliman) al-Hajaj, jawab Anas RA, “Bersabarlah kamu sekelian, kerana bahawa sesungguhnya keadaan zaman yang akan datang lebih buruk lagi daripada zaman sebelumnya sehinggalah kamu menemui ajal (menemui mati).” Keterangan ini aku dengar daripada nabi kamu Rasululluah SAW.
|
Mar 04, 2013 |
| 30 |
Konsep Syukur Rasulullah SAW
Daripada Aisyah RA: bahawa Nabi SAW bangun di waktu malam (bersembahyang) sehingga pecah-pecah kedua kakinya. Aku bertanya kepadanya, “Kenapa engkau lakukan ini wahai Rasulullah SAW? Sedangkan Allah SWT mengampunkan dosa engkau yang terdahulu dan yang terkemudian”. Jawab baginda, “Tidakkah aku suka menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur?.” |
Mar 01, 2013 |
| 31 |
Allah Maha Pemurah
Daripada Anas RA daripada Nabi SAW dalam apa yang diriwayatkan daripada tuhannya (hadis Qudsi) firmanNya: “Jika seseorang hamba menghampiriku sejengkal, maka aku menghampirinya sehasta, jika dia menghampiriku sehasta maka aku menghampirinya sedepa dan jika dia datang kepadaku dengan berjalan maka aku datang kepadanya dengan berlari.” |
Feb 28, 2013 |
| 32 |
Hubungan Silaturahim dengan Ibu Bapa Berlainan Agama
Daripada Asma’ binti Abu Bakar as-Siddiq R.huma katanya, ibuku telah datang ke tempatku sedang dia masih dalam syirik pada masa hayat Rasulullah SAW. Lalu aku pergi meminta fatwa kepada Rasulullah, aku berkata kepadanya, ibuku telah datang kepadaku sedangkan dia inginkan sesuatu daripadaku (untuk meminta sesuatu) bolehkah aku menghubunginya? Jawab Rasulullah, “Ya, hubungkan ibumu”. |
Feb 24, 2013 |
| 33 |
Cemburu Allah
Daripada Abu Hurairah RA daripada nabi SAW, baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT cemburu (tidak suka) dan cemburu Allah SWT itu ialah terhadap orang yang akan mengerjakan apa yang diharamkan Allah ke atasnya.” |
Feb 14, 2013 |
| 34 |
Dosa Kecil Jangan Dipandang Ringan
Daripada Anas RA katanya, “Sesungguhnya kamu mengerjakan perbuatan yang pada pandangan kamu ianya lebih halus daripada rambut pada hal kami di zaman Rasulullah SAW mengira perbuatan itu di antara perkara-perkara yang mencelakakan (dosa besar).” |
Feb 13, 2013 |
| 35 |
Tegahan Memperlekeh Pemberian Jiran Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Wahai wanita muslimah janganlah jiran memperkecilkan (pemberian) jirannya walaupun (pemberian) itu hanya berupa kaki kambing." |
Feb 11, 2013 |
| 36 |
Jumaat Penghulu Segala Hari
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. |
Feb 08, 2013 |
| 37 |
Silaturahim Memanjangkan Umur dan Murah Rezeki
Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”. |
Feb 06, 2013 |
| 38 |
Disiplin dalam Solat
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Bersabda Muhammad SAW.:"Tiadakah takut orang yang mendahului imam mengangkatkan kepala sebelum imam, bahwa Allah akan mengubah kepalanya menjadi keldai!" |
Feb 05, 2013 |
| 39 |
Menjaga Keutuhan Ummah
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit. |
Feb 04, 2013 |
| 40 |
Fadhilat Bersedekah
Dari Amru bin Auf RA katanya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya)." |
Jan 14, 2013 |





