Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan

Bengkel Garis Panduan Pensijilan Patuh Syariah telah diadakan pada 1 Ogos 2016 bertempat di Institut Latihan Islam (ILIM) Bangi. Bengkel ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji MohamadNordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim.

Objektif bengkel ialah untuk melakukan penambahbaikan ke atas deraf garis panduan sedia ada bagi tiga bidang perkhidmatanyang merupakan tumpuan utama daripada lapan bidang keseluruhannnya. Tigabidang tersebut ialahHotel dan Pelancongan, Hospital dan Perkhidmatan Kesihatan dan Program Motivasi. 

Selaras dengan fungsi Jakim sebagai badan penyelarasan hal ehwal Islam di Malaysia, bengkel ini telah dihadiri oleh peserta daripada beberapa agensi iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia, Islamic Tourism Centre, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Standard Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Persatuan Pemilik Hotel Malaysia dan Hospital An-Nur, Bangi. Turut hadir ialah Dato’ Dr. Khalid bin Ibrahim, Pengarah Hospital Sungai Buloh.

Bengkel tersebut membincangkan penambahbaikan ke atas deraf garis panduan dalam bidang Perhotelan dan Pelancongan, Hospital dan Perkhidmatan kesihatan dan Program Motivasi.

Dalam ucapan perasmian, Dato’ Haji MohamadNordin menyentuh mengenai keperluan kepada satu garis panduan pensijilan pengesahan patuh syariah yang khusus bagi memastikan tuntutan dan kebajikan masyarakat Islam di Malaysia terpelihara. Garis panduan ini nanti diharap dapat dilaksanakan di negeri-negeri mengikut bidang kuasa negeri masing-masing.

bengkel sijil 1

bengkel sijil

bengkel sijil 2

bengkel sijil 4

bengkel sijil 5

bengkel sijil 6

bengkel sijil 7

bengkel sijil 8