Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Yogjakarta, Indonesia – Malaysia melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyertai Pertemuan Pakar Falak MABIMS yang diadakan di Hotel Grand Keisha, Yogjakarta pada 08 hingga 10 Oktober 2019.
 
Pertemuan bertajuk "Perkembangan Visibilitas Hilal dalam Perspektif Sains dan Fikih" ini dihadiri 60 pakar ilmu falak dari empat negara MABIMS, iaitu deligasi dari Brunei Darussalam seramai 4 orang, Malaysia 4 orang, Singapura 2 orang dan sebilangan besar pakar Indonesia iaitu LAPAN, ITB, Badan Informasi Geospasial (BIG), Planetarium, BMKG, UIN/IAIN, Pakar Hisab Rukyat Ormas Islam dan seluruh Pejabat Teknis Hisab Rukyat dan Syariah, serta pemangku kepentingan di bidang Hisab Rukyat dan Syariah Indonesia.
 
Deligasi Malaysia diketuai oleh Dr. Abdul Ghaffar bin Surip; Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM dan diiringi oleh Profesor Dato’ Dr. Mohd Zambri bin Zainuddin; Ketua Penyelidik Kajian Cerapan Hilal, Dr. Mohd Saiful Anwar bin Nawawi; Ketua Penyelidik Kajian Status Pengimejan Hilal dan Khairul Anuar bin Yazid; Ketua Seksyen Kajian Falak JAKIM.
 
Deligasi disambut oleh Direktur Jenderal Kementerian Agama RI, Prof. Dr. H. Muhammadiyah Amin, MA dalam majlis selamat datang dan terima kasih atas kehadiran seluruh delegasi. Beliau menyatakan keperluan pakar falak antara negara anggota MABIMS menjalinkan hubungan silaturrahim dan menguatkan koordinasi serta mencapai kesepakatan dalam menyikapi unifikasi kalender Hijriyah untuk kemaslahatan ummah.
 
Pertemuan ini telah dirasmikan oleh Menteri Agama RI Lukman Hakim Saifuddin. Beliau dalam ucapannya menyatakan kepentingan pertemuan pakar falak ini dan mengiktiraf kepentingan kedudukan ilmu falak kepada umat Islam terutama dalam penentuan waktu solat, penentuan arah kiblat, menyeragaman serta penentuan awal bulan hijriah dan penentuan hari raya yang menjadi festival keagamaan dengan implikasi cukup luas dalam ranah sosial budaya umat Islam di Asia Tenggara.
 
Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentang dan dibahas oleh deligasi dan perwakilan iaitu Unifikasi Kalendar Hijrah, Kenampakan Anak Bulan Menerusi Aplikasi Pengimejan Digital Dalam Cerapan Anak Bulan dan Isu-isu Syariah Dalam Pengisbatan Anak Bulan.
 
Pertemuan ini ditutup oleh Direktur URAIS Agus Salim dan menghasilkan enam resolusi antaranya mewujudkan unifikasi kalender hijriah mengikuti kriteria MABIMS yang baru (tinggi 3 darjah, elongasi 6,4 darjah), menjalankan kajian penggunaan pengimejan dalam cerapan hilal menurut pandangan syara’ sebagai panduan dan mengadakan kursus / latihan falak secara bersama antara negara anggota MABIMS.
 
Pertemuan Pakar Falak MABIMS 2019 1
 
Pertemuan Pakar Falak MABIMS 2019 2
 
Pertemuan Pakar Falak MABIMS 2019 3
 
Pertemuan Pakar Falak MABIMS 2019 4
 
Pertemuan Pakar Falak MABIMS 2019 5
 
Pertemuan Pakar Falak MABIMS 2019 6
 
Pertemuan Pakar Falak MABIMS 2019 7
 
Pertemuan Pakar Falak MABIMS 2019 8
 
Pertemuan Pakar Falak MABIMS 2019 9