Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

20 Julai 2020 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Kunjung Hormat ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, MAIS di Ulu Yam, Selangor.

Objektif utama kunjung hormat ialah bagi mendapatkan maklumat berkaitan Modul Istitabah yang telah dilaksanakan oleh MAIS sejak tahun 2016.

Kunjung hormat ini diketuai oleh Pengarah BPPPS iaitu YBrs. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim bersama-sama pegawai kanan BPPPS. Sesi pembentangan modul telah disampaikan oleh Encik Suhaimi bin Ismail, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial, MAIS.

Turut hadir perbincangan, Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Tuan Abu Bakar bin Daud.

 

 

 ulu yam 1

 

ulu yam 3

 

ulu yam 4

 

ulu yam 2