Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal
Jakim menerusi Bahagian Hab Halal dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor telah berjaya menganjurkan Konvensyen Badan Pensijilan Halal Kali ke-7 2016 (7th Halal Certification Bodies Convention 2016) yang berlangsung pada 28 & 29 Mac 2016 lalu di Hotel Sama-Sama, Sepang Selangor. Konvensyen yang berprestij ini adalah merupakan himpunan anggota Badan Pensijilan Halal yang diiktiraf di seluruh dunia dan turut diadakan bersempena World Halal Week 2016.
 
Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf adalah  merupakan institusi yang diiktiraf dan dilantik oleh JAKIM bagi mengesahkan status halal untuk bahan mentah, produk makanan, bahan ramuan kritikal, daging dan juga produk berasaskan haiwan yang akan diimport ke Malaysia.  Konvensyen yang bertemakan ‘ Towards A New Dimension Of Halal’ ini telah melibatkan seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada 54  buah badan pensijilan halal luar negara dari 32 buah serta empat pihak berkuasa dari Kesatuan Negara Islam(OIC),Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri serta Agensi-agensi Kerajaan dan Persatuan-persatuan Industri yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan pensijilan halal di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa
 
Antara fokus konvensyen ini adalah untuk meningkatkan kefahaman Badan Pensijilan Halal berhubung pelaksanaan Standard Halal Malaysia, mengukuhkan keupayaan Badan Pensijilan Halal dalam pengurusan pensijilan halal yang standard dengan lebih bersistematik, memperkasakan pensijilan halal dalam ekonomi dan perniagaan Global, menyelesaikan isu-isu berkaitan pengiktirafan badan pensijilan halal dan mengukuhkan  hubungan dua hala antara Malaysia dengan Badan Pensijilan Halal Antarabangsa.
 
Ucaptama perasmian telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Konvensyen kemudian diteruskan dengan siri pembentangan daripada pelbagai bidang kepakaran oleh penceramah daripada agensi kerajaan dan universiti. Antara topik-topik yang telah dibentangkan ialah:-
 
1)    Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Pengarah Bahagian Hab Halal –Ke Arah Dimensi Baru Halal
2)    Professor Dr. Sharifuddin bin Md. Shaarani, Dekan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan Universiti Malaysia Sabah- Penilaian
       Sistem Kualiti Jaminan Halal di kalangan Industri Makanan di Malaysia
3)    Profesor Dato 'Dr Mohd Yazid bin Abdul Manap, Pengarah Produk  Penyelidikan Halal - Halal Analisis : Cabaran dan Manfaat
4)    Dr Cornellia Charoti Siricord, Ketua Bahagian Forensik DNA ; Jabatan Kimia Malaysia- Peranan dan Sokongan dalam Pensijilan
       Halal
5)    Dr Shaikh Mohd Saifuddeen bin Shaikh Mohd Salleh, Felo Kanan & Pengarah Pusat Kanan Sains dan Alam Sekitar; Institut
       Kefahaman Islam Malaysia-Peranti Perubatan Halal : Potensi pada Masa Hadapan
 
Hari kedua konvensyen pula dimulakan dengan forum mengenai topik, ‘A Way Forward: International Halal Accreditation Body' yang disertai oleh 4 ahli panel dari Morocco, Malaysia, Australia dan United Kingdom yang dikendalikan oleh Pn. Hajjah Hakimah bt Mohd Yusoff  dari JAKIM. Ahli panel telah berkongsi pendapat mereka mengenai akreditasi halal dan pensijilan berdasarkan standard sedia ada dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh industri. Selepas forum berkenaan, para peserta telah dibawa ke beberapa kilang dan makmal untuk mendapatkan pemahaman lanjut mengenai bagaimana standard halal telah diapilikasikan oleh kilang masing-masing berdasarkan operasi harian mereka.
 
Pada hari kedua majlis makan malam rasmi telah berlangsung bersama-sama dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh tetamu kehormat YB Mej-Jen Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor.  Majlis makan malam turut diserikan dengan pelancaran  Halal Management Assurance System daripada Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM). Malah turut diumumkan perlantikan rasmi Makmal Panel Halal Malaysia iaitu UNIPEQ, Melaka Biotech dan Institut Penyelidikan Halal. Dengan pengumuman perlantikan tersebut, adalah menjadi harapan agar makmal panel ini mampu membantu Jakim  memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju halal dunia.
 
Selain itu, Malaysia juga menuju ke arah satu dimensi baru halal pada masa akan datang melalui kerjasama dengan Badan Pensijilan Antarabangsa untuk diiktiraf sebagai pemimpin halal global. Pelbagai inisiatif akan dilaksanakan dan strategi baru perlu dibangunkan dalam memastikan ianya direalisasikan.
 
7th Halal Certification Bodies Convention 2016 1
 
7th Halal Certification Bodies Convention 2016 2
 
7th Halal Certification Bodies Convention 2016 3
 
7th Halal Certification Bodies Convention 2016 4
 
7th Halal Certification Bodies Convention 2016 5
 
7th Halal Certification Bodies Convention 2016 6
 
7th Halal Certification Bodies Convention 2016 7
 
7th Halal Certification Bodies Convention 2016 8
 
7th Halal Certification Bodies Convention 2016 9
 
7th Halal Certification Bodies Convention 2016 10