Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

TANJUNG MALIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Hab Halal dengan kerjasama Pusat Bahasa dan Pengajian Umum (PBPU), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Seminar Yakini Halal Malaysia Peringkat UPSI 2018 pada 16 Oktober yang lalu bertempat di Auditorium Utama UPSI. Seminar ini juga turut mendapat sokongan daripada syarikat Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd. selaku rakan penaja.

Seminar yang dihadiri oleh seramai 600 orang peserta terdiri daripada pelajar serta komuniti masyarakat sekitar Tanjung Malim itu telah dirasmikan oleh Ustaz Bukhari Md. Akhir, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hab Halal, Jakim. Turut hadir bersama ialah Pengarah PBPU UPSI, Encik Sasigaran A/L Moneyam.

Seminar tersebut telah diisi dengan 1 slot ceramah dan 1 slot forum. Bagi slot ceramah yang bertajuk “Memahami Konsep Halalal Toyyiban” telah disampaikan oleh Ustaz Luqman Nul Hakim bin Samad, Penolong Pengarah, Bahagian Hab Halal, Jakim. Bagi slot forum yang bertajuk “Viral Halal: Sejauh Mana Kebenarannya?” telah menampilkan ahli panel terdiri daripada Ustaz Mohd Nasir bin Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hab Halal, Jakim, Prof Madya Dr. Nor Ainy binti Mahyudin, Ahli Jawatankuasa Kelab Sahabat Halal Malaysia (KESAH) serta Encik Ahmad Syukry bin Ibrahim, Pengurus Hal Ehwal Islam dan Hubungan Kerajaan, Syarikat Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd.

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

Ikuti aktiviti-aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

SYHM UPSI 16102018 1

SYHM UPSI 16102018 2

SYHM UPSI 16102018 6

SYHM UPSI 16102018 3

SYHM UPSI 16102018 4

SYHM UPSI 16102018 5