Kurator Berita : Bahagian Dakwah

Program daie selebriti adalah antara program yang rancak disiarkan pada masa kini di kaca-kaca televisyen bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu dalam penyampaian dakwah di tanah air. Melihat kepada senario semasa dan keperluan bakat-bakat baharu dalam arena dakwah dalam negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Cawangan Dakwah Khas di Bahagian Dakwah telah mengambil inisiatif mengadakan Kursus Pembangunan Imej  Daie  Orang  Asli dan Saudara Muslim pada 27 hingga 29 September 2016. Kursus yang berlangsung di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) itu adalah hasil kerjasama dengan Bahagian Media Jakim dan ILIM.

Kursus ini telah dihadiri seramai 14 orang peserta masyarakat Orang Asli dan seorang peserta saudara muslim. Mereka merupakan golongan pendakwah dan bakal pendakwah yang dirasakan perlu diasah dan digilap bakat sebagai daie media sebagai usaha meramaikan pendakwah dalam kalangan masyarakat Orang Asli dan saudara muslim sendiri.

Hala Tuju Dakwah Masyarakat Orang Asli Islam yang dibangunkan telah menyasarkan peningkatan kadar pengislaman masyarakat Orang Asli sebanyak 7.5% menjelang tahun 2020. Sehubungan itu, salah satu inisiatif strategik bagi mencapai objektif Peningkatan Kemahiran dan Pendekatan Dakwah Orang Asli adalah meningkatkan bilangan belia Orang Asli mahir berdakwah. Ini selaras dengan beberapa objektif kursus yang telah digariskan, iaitu peningkatan bilangan pendakwah dalam kalangan Orang Asli dan saudara muslim, peningkatan kemahiran dan keterampilan mereka dan pendedahan teknik dakwah melalui media. Justeru dalam kursus ini, para peserta diberi pendedahan secara teori dan juga latih amal untuk tampil sebagai pendakwah di kaca televisyen.

Semoga hasrat melahirkan pelapis pendakwah dalam kalangan Orang Asli dan saudara muslim, khususnya yang boleh berhadapan dengan kamera akan terlaksana.

BAKAT DAIE SELEBRITI ORANG ASLI DICUNGKIL 1

BAKAT DAIE SELEBRITI ORANG ASLI DICUNGKIL 2

BAKAT DAIE SELEBRITI ORANG ASLI DICUNGKIL 3

BAKAT DAIE SELEBRITI ORANG ASLI DICUNGKIL 4

BAKAT DAIE SELEBRITI ORANG ASLI DICUNGKIL 5

BAKAT DAIE SELEBRITI ORANG ASLI DICUNGKIL 6

BAKAT DAIE SELEBRITI ORANG ASLI DICUNGKIL 7