Kurator Berita : Bahagian Dakwah

Tanggal 20 September 2017, telah berlangsung Simposium Dakwah Media Baharu Zon Timur bagi tahun 2017 di Dewan Al-Mukhtaffi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA, Gong Badak, Terengganu. Program ini merupakan anjuran bersama Jakim dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Simposium ini turut mendapat sinergi bersama institut-institut pengajian tinggi yang dapat membentuk aura baharu di lapangan dakwah.

Objektif simposium kali ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta trend penggunaan media baharu sebagai medium komunikasi masyarakat khususnya generasi muda, menerapkan amalan penggunaan media baharu yang terbaik untuk diaplikasikan mengikut perspektif Islam, memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai bahaya yang berpunca daripada media baharu seterusnya menjelaskan bagaimana Islam memberi solusi dan menyebar luas agenda dan pelaksanaan agensi bagi mengatasi ledakan teknologi yang kian memberi impak kepada belia dan masyarakat.

Usaha ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan melaksanakan transformasi dalam perkhidmatan dan pengurusan awam bagi memastikan pengurusan hal ehwal Islam terus kekal relevan mengikut arus peredaran masa.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya melibatkan pelbagai program yang dilaksanakan termasuk sesi pembentangan kertas kerja, sesi forum dan bicara bersama Mufti. Perbincangan ini amat relevan dalam konteks membina modal insan dan memantapkan ilmu pengetahuan atau daya keintelektualan masyarakat ke tahap yang lebih cemerlang.

Antara program yang telah diadakan ialah:

Sesi 1:  Bicara Mufti – Fiqh Tabayyun Dalam Menangkis Fitnah Media Sosial

Oleh: YBhg SS Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan

 

Sesi 2: Impak Media Sosial dan Peranan Masyarakat

Oleh: YBrs Ustaz Mohd Hariri bin Haji Mohamad Daud (Jakim)

 

Sesi 3:  Media Baharu daripada Perspektif Dakwah

Oleh: YBhg Dr. Nor Salimah binti Abu Mansor (UniSZA)

 

Sesi 4:  Sesi Forum: Media Sosial dan Jenayah Siber: “Di Mana Peranan Kita”

Panel 1: YBrs En. K.Juslly Elis (SKMM)

Panel 2: YBhg Tuan SAC Mohd Sakri bin Arifin (PDRM)

Moderator: YBrs Ustaz Nabil bin Ahmad (Jakim)

 

Pada sebelah petang, satu sesi bengkel Information Technology (IT) telah diadakan untuk pelajar UniSZA yang dikendalikan oleh fasilitator dari SKMM.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Mazlan bin Abdullah, Pengarah Bahagian Jakim. Turut hadir YBhg Prof. Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh, Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam serta YBhg Tuan SAC Mohd Sakri bin Arifin, Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman.

 

simposium media baru timur 13
 
simposium media baru timur 14
 
simposium media baru timur 1
 
simposium media baru timur 5
 
simposium media baru timur 9
 
simposium media baru timur 11
 
simposium media baru timur 7
 
simposium media baru timur 10