Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH MENENGAH AGAMA MALAYSIA (MIISMAM)
PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 6 TAHUN 2019
 
Bahagian Pendidikan, JAKIM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah berjaya menganjurkan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan Kali Ke 6 Tahun 2019 pada 5 hingga 7 Julai 2019 bertempat di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP). Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan tuan rumah pada penganjuran kali ini.
 
Penganjuran ini adalah bagi meningkatkan pencapaian dan perkembangan pendidikan agama Islam masa kini berdasarkan keperluan masyarakat dan negara. Ia bertepatan dengan kehendak arus perdana pendidikan negara yang memerlukan pelajar yang cerdas dalam pelajaran dan cergas dalam bersukan.
 
Pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Menengah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SMAN, SMAR dan SABK) yang mengambil bahagian berpeluang menerima 10 markah merit untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara.
 
Majlis perasmian telah diadakan penuh gilang gemilang pada 7 Julai 2019 (Ahad) jam 9.00 pagi di Dewan Al-Qardawi, SMA MAIWP.
 
YBhg. Dato’ Sri Syed Hussien Abd Kadir, Pengerusi MAIWP telah merasmikan majlis tersebut. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM, Hajah Zaiton Abd Rahman, Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM serta Pengarah-Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.
 
Sebanyak 14 kontinjen dari 14 negeri serta 1000 peserta dan pegawai telah terlibat dan bertanding dalam setiap acara yang dipertandingakan.
 
Sebanyak 11 acara telah dipertandingkan sepanjang majlis berlangsung iaitu Tilawah Al-Qur’an (lelaki dan perempuan), Hafazan Al-Qur’an (lelaki dan perempuan), Syarahan Bahasa Inggeris (lelaki dan perempuan), Syarahan Bahasa Melayu (lelaki dan perempuan), Syarahan Bahasa Arab (lelaki dan perempuan), Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen (Terbuka), Kuiz Dini Bahasa Arab (Terbuka), Khat (lelaki dan perempuan), Nasyid (lelaki dan perempuan), Pembacaan Kitab Turath (Lelaki) dan Kitabatul Maqal (lelaki dan perempuan).
 
Keputusan akhir pertandingan menyaksikan Selangor memperolehi johan serbanyak sesterunya dinobatkan sebagai Johan keseluruhan MIISMAM 2018. Pada majlis penutup ini juga telah diumumkan negeri Kedah Darul Aman sebagai penganjur MIISMAM 2020.
 
MIISMAM Kebangsaan 2019 1
 
MIISMAM Kebangsaan 2019 2
 
MIISMAM Kebangsaan 2019 3
 
MIISMAM Kebangsaan 2019 4
 
MIISMAM Kebangsaan 2019 5
 
MIISMAM Kebangsaan 2019 6
 
MIISMAM Kebangsaan 2019 7
 
MIISMAM Kebangsaan 2019 8
 
MIISMAM Kebangsaan 2019 9
 
MIISMAM Kebangsaan 2019 10
 
MIISMAM Kebangsaan 2019 11